Connect with us

Artis / Selebriti

” Baru sebaris dah kelakar. Tiba-tiba irama Malaysia dia bagi, haha.. ” – Komen Netizen

Video anak Achey, Tiara Zinnirah merakamkan lagu raya buat ramai terhibur. Ikut suka Tiara je nak menyanyi macam mana. Naik letih Achey mengajarnya. Lawak sungguh, haha..

Meninjau ke akaun Instagram Achey, perkongsian dua buah video yang memaparkan anaknya, Tiara Zinnirah merakamkan lagu raya untuk tahun ini telah membuatkan ramai terhibur. Rupanya bukan mudah untuk merakamkan lagu buat Tiara ni.

Video tersebut dirakamkan dalam studio. Achey mengajar Tiara untuk setiap baris lirik lagu. Namun baru sebaris lagu dinyanyikan sudah menguji kesabaran Achey. Ada sahaja lenggok Tiara mengikut kehendaknya yang dinyanyikan.

Tambahan pula, ada pula yang bersetuju dengan perubahan yang dilakukan Tiara. Kita yang tengok pun sudah cukup letih, apatah lagi buat Achey yang mengajarnya sampai berbuih dengan bermacam-macam kata. Kelakar pun ada gelagat Tiara ini.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Agaknya macam mana lah hasil lagu selepas selesai sesi rakaman nanti. Tak sabar pula nak mendengarnya.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Sabar itu adalah separuh dr iman ye,meh sini mumy gigitkan pipi die baru die betul…duit rayeeeee.. Achey yg bercakap, saya yg haus!! “

” Hahahaha baru sejengkall ayattnyaa tiara .. hahaha lagu panjng lagi nk record ni, Baru sebaris dh kelakar. Kalau dh habis lagu mcm mna la agaknya.. “

” Kita guna ayat tiara yg pertama lah. Lebih jujur dan spontan , Aduiii sahur2 fyp video ni kelakor la 2 beranok ni tiara tiara.. Tetiber irama mesia dia bagi haha .”

” Last2 raya jd ayah, Tiara tiara.. haku tak leh laa ngan budak nih,lg lawak dr ayah nih.. Utk rekod 1 lagu dia punya process amik setahun yerr .. “

” Patut high pitch/note tah apa namenye..tapi she fikir tak sedap..terus dia ubah jadi irama Malaysia tapau habis ank ni..last year pengubah lirik, tahun ni pengubah lagu/melodi .. “

” Aduh senak perut record diorg ni , tgk time puasa mcm mau hilang sabar .. Tgok gaya sampai ke rumah tak lepas lirik tu.. “

” Ni value yg org nak kalau kt audition, dia ada tone sendiri .. Tiara..anak oiii..adoiii..klau x lawak x boleh kew.. penatlh cmne…. “

Gelagat Tiara ini sememangnya kelakar dan hanya orang yang boleh bersabar sahaja mampu mengajarnya. Sama-sama kita nantikan lagu raya dari Tiara untuk 2026 ini. Mesti hasilnya berbaloi dengan masa yang diluangkan untuk rakaman.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Achey

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

G2G Skin Tint

Trending

Copyright © Berita Kopak