Connect with us

Artis / Selebriti

” Bapak sedap suara teacher. Vokal power, level international.. ” – Komen Netizen

Perkongsian Video Guru Vokal, Melissa Anne Mengajar Umairah Menyanyi Lagu A Natural Women Raih Pujian Warganet. Fuhhh Patut Lah Vokal Umai Power, Tengoklah Vokal Cikgu Dia. Meremang Dengar Suara Cikgu Umai Menyanyi !!

Kejayaan Ummi Umairah atau Umai sememangnya membanggakan rakyat Malaysia khususnya keluarga Umai. Siapa sangka, Umai akan pergi sejauh ini dan mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Kali pertama ke pertandingan gah seperti ini, Umai mencipta sejarahnya tersendiri.

Meninjau akaun Instagram Umairah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Umai bersama guru vokalnya, Melissa Anne. Menerusi video ini, Melissa sedang mengajar Umai menyanyikan lagu yang membawa tuah kepada Umai iaitu A Natural Women.

Lagu ini lah yang dinyanyikan oleh Umai ketika peringkat akhir dan memberikan Umai markah tertinggi untuk menyandang pingat emas. Jika suara Umai dipuji sedap, suara guru vokalnya juga begitu hebat, lunak dan merdu. Mendengar alunan suara Melissa ini, ramai yang terpegun dan kagum.

Tone suara Melissa ada keunikannya tersendiri. Memang tidak salah lagi Umai berguru dengan guru vokal sehebat ini. Ramai di kalangan warganet yang memuji suara Melissa. Jika Melissa ke hadapan dan masuk ke dunia hiburan, suaranya boleh menjadi suatu aura dan daya penarik untuk orang mendengar.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet dan antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Bapak sedap sora teacher tu kenapa dia tak ke depan yer.. sedap sis…. betul tak tipu… kenapa tak ke depan bakat teacher… sayang la bakat.. ”

” Teacher pun suara sedap. We want more from teacher.. Teacher pun suara powerrr.. umai is having the best vocal teacher.. ”

” Teacher nyanyi full pls.. hehehe.. i suka lagu ni n i know how Aretha delivered the song… penah tengok dia nyanyi live ppl shared kat youtube.. i think ur voice suit well dengan lagu ni.. ”

” Wowwwww teacher vocal powerrrrr too.. sedapnya suara teacher, pernah produce album tak eh.. patutlah umai vokal power, teacher dia hebat.. ”

” Power lah guru vokal Umai.. meletop teacher dia.. Teacher nyanyi banyak sikit, macam dengar concert pulak.. ”

” Sedapnya teacher nyanyi.. Selamber jer teacher nyanyi… suara bunyi seksa nk teran… tp muka relax jer.. ”

” Teacher, i melted hearing your voice.. mmhhmm soul teacher.. Sedap sgt2 suara cikgu tu.. level international.. goosebump.. ”

Tidak puas warganet mendengar suara Melissa itu. Suara level international dan sedap didengar. Umai mendapat tunjuk ajar yang terbaik daripada guru vokalnya ini. Semoga teacher Melissa akan terus mencipta lebih banyak penyanyi selepas ini dan menonjolkan bakatnya itu dengan lebih terbuka.

Silakan SHARE..

Sumber :  IG Umairah, IG Melissa Anne1703

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT