Artis / Selebriti
” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
Video Ezwan Zain merancang kejutan lagi buat Erra Fazira untuk majlis pada 27 Disember nanti buat ramai teruja. Wah Erra langsung tak tahu apa-apa. Tengok video Ezwan meeting dengan team pun dah wow sangat. Tema pilihan pun menarik. Sweet lah Ezwan ni..
Digelar Wedding of The Year oleh wargamaya, majlis perkahwinan Erra Fazira dan Ezwan Zain belum lagi sampai ke pengakhirnya. Selepas majlis akad nikah pada 12.12.2025 dan resepsi pertama pada 13.12.2025, satu lagi majlis bakal berlangsung pada Sabtu, 27 Disember ini sebagai penutupnya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kasi Onz Channel, telah dikongsikan sedutan podcast terbaru pasangan pengantin baru ini bercerita mengenai impian majlis perkahwinan yang diidamkan. Untuk Erra, cukup hanya akad nikah dan membuat sedikit jamuan makan untuk keluarga dan sahabat taulan tetapi berbeza untuk Ezwan.
Jawapan yang diberikan oleh Ezwan membuatkan warganet kagum. Betul kata Erra sebelum ini, Ezwan seorang yang penuh teliti dan 95% urusan majlis diuruskan oleh Ezwan sendiri. Lebih menarik, Erra langsung tidak mengetahui kejutan yang bakal Ezwan berikan pada majlis nanti.

Pada perkongsian terdahulu, ada dimuatnaik video Ezwan melakukan site visit dan meeting bersama semua pihak yang terlibat menguruskan majlis resepsi tersebut. Penuh element kejutan dan kali ini tema yang Ezwan pilih jauh berbeza dengan konsept resepsi sebelum ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet dan lebih 1000 tanda suka direkodkan sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Assalamualaikm. Your hubby is brilliant in the quiet. You hv a gem in your new Life, and vice versa. … Alhamdulillah. May Allah the Almighty Bless and Protect both of you Always .Aamiiin.. “
” Excited nk tgk majlis mggu ni.. 27hb ni ramai rakan2 artis dtg .nk tgk kak ziana.datuk awie skali dtg. Ni memang sungguh Wedding of Year… So elegantly preparation.. “
” Keperluan Menyantuni. Tinggi bahasa suami erra ni… Rare.. Cepatlah 27/12 x sabar nk tengok kueh koci & putu mayam bersanding lg. ade kejutan untuk siss cantik kita laa.. “
” Untung erra DPT hubby Gini…payah nk DPT hubby yg MCM NIH… Fast forward 27/12 cepat, kita tak sabar haha.. “
” Ishhhhh kita suka lah tgk lelaki punya effort mcm ni. bukan green flag dh ni. Tp green forest, ya Allah, semoga mereka berdua berkekalan sampai ke syurga dan hidup sentiasa bahagia dan dirahmati Allah SWT.. “
” Bertuahnya Erra bersuami Ezwan yang berusaha berikan terbaik buat isteri tercinta. Saya doakan perkahwinan terakhir ini bahagia hingga akhir hayat.. “
” Wow Satu lagi kejutan buat isteri tersayang Primadona Erra Fazira dari suami tercinta Mr Ezwan Zain… Aduh tak sabar nak tunggu tarikh bersejarah 27/12/2025.. “
Beruntung Erra kerana Ezwan bersungguh-sungguh meratukan isteri tercinta di majlis bahagia mereka. Ramai yang tidak sabar menanti kedatangan 27 Disember kerana ingin melihat kejutan Ezwan untuk Erra. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kasi Onz Channel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia memang obses dengan bini dia, ahhh lurveee.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Thank you so much sebab jadi mak tiri yang tak pernah kedekut, tolong daddy bila daddy tengah susah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku yang tersembur dengar Que panggil Kepom macam tu.. ” – Komen Netizen

