Artis / Selebriti
” Bang Aji garang sungguh. Endingnya tak boleh tahan nak gelak, alahai Bang Aji.. ” – Komen Netizen
Video gelagat tiktoker cilik, Bang Aji mengamuk dengan Wawa Zainal buat ramai terhibur. Alamak Bang Aji, marah betul bila Aunty Wawa sapu sunscreen tu. Habis semua kena campak, takut Wawa dibuatnya. Tak sangka last-last tu ada plot twist. Comel betul, hehe..
Tiktoker cilik bernama Aniq atau lebih dikenali dengan nama Bang Aji cukup popular di applikasi Tiktok. Banyak founder yang menggunakan khidmat Bang Aji antaranya MommyHana. Yang terbaru, Wawa Zainal pula mengambil Bang Aji untuk muncul dalam iklan produk terbaru Wawa.
Meninjau entry di akaun Instagram Wawa Zainal, telah dikongsikan satu video yang memaparkan behind the scenes iklan tersebut. Menerusi video ini, kelihatan Bang Aji dan anak-anak Wawa yang lain turut sama bermain pasir dan Wawa berada bersama mereka semua.
Wawa kelihatan menggosok sunscreen ke tangan Bang Aji tetapi respon Bang Aji membuatkan Wawa ketawa. Marah betul Bang Aji kerana tidak suka disapukan sunscreen di tangannya. Bang Aji lantas menyuruh Wawa untuk menanggalkan semua sunscreen itu.

Namun lain jadinya selepas itu. Bang Aji sendiri sukarela menggosok sunscreen itu di tangan Wawa dan tangannya sendiri. Bukan main lagi Bang Aji, sampai ke pipi sendiri pun disapunya. Tergelak sama warganet melihat telatah Bang Aji yang comel ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Wawa ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Boleh lembutkan kulit dan lembutkan hati sekali ni haha.. Endingnya tak boleh tahan nak gelak, alahai bang aji.. “
” Time dia nak baling sunscreen tu…. dgn sy sekali mata terkedip2 takut mcm kena kat diri sendiri plak haha.. “
” Hahahahahaa weh comel lah abang aji ji, sophia dekat belakang tu cantik betul.. pinjam cubit pipi dia sekejap.. bambam betul pipi tu.. “
” Abang aji pun garang sungguh.. pi campak yaaa geram betul lah rasa nak cubit je.. nasib comey haha.. Nasib ending cun.. “
” Haha comel la Akmal old money ni.. kelakar betul.. budak ikhlas kan komen dia, menjadi lah tu.. “
” Aku takut dia baling scoop kuning tu kat wawa je haha.. Ya Allah bang aji.. awat comel sangat ni.. pipi tu bulat betul.. “
” Alahai bang aji, comel lah mengamuk tu.. kemain eh memula jual mahal tanak pakai. Last tu best best best.. “
Awal-awal jual mahal, tetapi hujung-hujung Bang Aji yang terlebih suka dengan sunscreen itu. Bak kata pepatah, tak kenal, maka tak cinta. Tentu Wawa juga seronok sepanjang penggambaran bersama Bang Aji yang comel ini. Apa-apa pun, semoga Bang Aji terus dimurahkan rezeki.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Wawa Zainal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen

