Artis / Selebriti
” Bak kata Ibu, matin anak semolehh.. ” – Watie Hanifiah
Video Terbaru Watie Hanifiah Bersama Anak Tirinya, Ariq Matin Buat Ramai Tersentuh. Part Matin Minta Pegang Tangan Watie Tu Sebak Je Tengok. Terus Terbayang Matin Dulu Manja Sangat Dengan Arwah Ibunya !!
Umum mengetahui selepas permergian isteri tercinta, Shuib Sepahtu mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama wanita pilihan hatinya, Watie Hanifiah. Sebelum mendirikan rumah tangga, Watie dilihat memang sudah akrab dengan anak-anak Shuib.
Meninjau di akaun Instagram milik Watie, telah dikongsikan video yang memaparkan Watie bersama anak-anak Shuib, Uwais, Talita dan Matin menghadiri sebuah majlis rumah terbuka. Namun telatah anak ketiga Shuib, Matin menarik perhatian warganet.
Matin yang sedang berjalan terus mengejar Watie lalu Matin memegang tangan Watie dan mahu berjalan berpimpinan tangan dengan Watie yang dipanggilnya dengan panggilan mummy. Tulis Watie di ruangan kapsyen, mengatakan yang di mana ada dia, di situ juga lah adanya Matin.

Video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang tersentuh melihat kasih sayang antara Watie dan Matin. Ada peminat mengatakan melihat gelagat manja Matin dengan Watie membuatkan mereka teringat Matin dahulu juga begitu manja dengan arwah ibunya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video baru oleh Watie ini dan tersentuh melihat kasih sayang Watie dengan Matin. Antara komen-komen warganet adalah :
” Dia mendambakan kasih sayang seorang ibu. Macam mana la Wati membuka hati untuk menjaga anak2 ni. Kuat dan sabar sungguh orangnya “
” The way mateen hulur tgn nak pegang tgn mummy, arghhhh sedih pulak kiter.. Terus teringat Matin dlu manja sangat dengan ibu dia.. “
” Sedihnya tgk video ni. Masa ibu matin pergi, matin belum faham sangat. Alhamdulillah dengan kehadiran watie, matin tak terasa kehilangan ibu kandungnya.. “
” You sangat memberikan inspirasi buat sya watie..semoga Allah membalas segala kebaikan mu dengan syurga aaaminnnn.. “
” Akak ulang2 first vedio martin nak penganggang tangan watie comelnya nya Matin.. Semoga nanti Matin akan jumpa balik ibu di syurga.. “
” Mana orang yang cakap dulu “alah Watie tu nak Shuib sebab dia byk duit je”. Tengoklah video ni.. Gerak Matiin cukup sebagai jawapan.. “
” Masya Allah.. Beruntung puan sbb puan dipilih dpt mengusap, membelai dan memberi kasih syg yg tulus iklas pd anak2 yatim Subhanalla.. “
Budak-budak ini tidak pandai menipu, jelas kelihatan Matin begitu menyayangi Watie kerana layanan yang diberikan Watie membuatkan Matin rasa disayangi dan dimanjakan. Apa-apa pun semoga kasih sayang antara mereka sekeluarga akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen




