Artis / Selebriti
” Bagus Nabila dengan Sharnaaz ni, diorang buat Jebat rasa complete.. ” – Komen Netizen
Video percutian terbaru Sharnaaz Ahmad bersama Noor Nabila dan Jebat Jayden raih pujian ramai. Wah jauhnya Jebat, Baba dan Mummy pergi bercuti. Seronok betul Jebat dapat main salji..
Meninjau ke satu akaun Tiktok bernama Jebat Jayden, perkongsian beberapa buah video percutian di luar negara Sharnaaz Ahmad bersama bekas isterinya, Noor Nabila dan anak mereka iaitu Jebat Jayden telah meraih perhatian ramai.
Mereka telah pergi bercuti ke Perancis dan merasai cuaca sejuk serta bermain salji. Apa yang menarik ialah hubungan antara Sharnaaz dan Nabila tetap baik walaupun sudah berpisah. Bukan sesuatu yang mudah untuk pergi bercuti bersama-sama.
Ini bukanlah kali pertama mereka bercuti bersama, boleh dikatakan setiap tahun mereka akan meluangkan masa bersama Jebat dengan membawanya pergi bercuti. Ramai yang memuji hubungan baik antara mereka yang masih terjaga sehingga kini.

Perkongsian video-video ini telah menerima ratusan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nampak kegembiraan di wajah Jebat apabila dapat bercuti bersama ibu dan bapanya. Ia membuatkan Jebat merasai kasih sayang yang cukup sempurna.
Jom tonton video di bawah :
@jebat.jayden7 Snowboard with baba✨🦖 #spendtime #sharnaazahmad #jebatjayden #noornabila #fypage #fypgakni #artismalaysia #holiday #familytime #fyp #fypシ゚ #newupload
@jebat.jayden7 My❤️ #spendtime #jebatjayden #noornabila #sharnaazahmad #familytime #holiday #fypage #artismalaysia #fypgakni #fyp
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Best parents laa bella dgn sharnaz.. betul la kan org kata cinta tak seharusnya memiliki happy je dorg ni untuk anak.. “
” Alhamdulillah syukur pada Allah…moga bahagia selalu samping baba dan mama…Aamiin ya Allah.. wah bercuti ke mana tu.. “
” Elok la kalau ikatkan terus sbb ada anak.. Mungkin sayang tu ada lagi .. Buang EGO tu.. Kembali brsama demi anak.. “
” Ada jgk jenis bila duduk bersama asyik gaduh tp bila jauh2 rindu.. Terbaik mamu demi anak.. demi anak anugerah Allah swt kembalilah.. “
” Pasangan ideal, anak sebagai pengikat kasih sayang, kekal hingga jannah. Berbahagia, Selamat dunia dan akhirat. Aamiin aamiin aamiin.. “
” Bagus nabila dan sharnaaz ni, dorang wat jebat rasa complete.. semoga berbahagia selalu jayden.. mama sama baba.. “
” Sis pun berbaik je dgn ex demi anak2..jodoh ni tiada siapa yg tau setakat mana..tp ingat kita pernah ada bahagia bersama dulu..bila jd perpisahan kenapa perlu ada sengketa kan..hati pun tenang.. “
Ramai peminat berharap agar mereka kembali bersatu kerana dilihat begitu serasi bersama namun segalanya ditentukan oleh Allah SWT. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti buat Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila dan Jebat Jayden. Happy holidays..

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok jebat jayden
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen

