Artis / Selebriti
” Bagus Kak Shiera ajar anak mengenai kewajiban membayar zakat. Tak semua orang ambil penting hal ni.. ” – Komen Netizen
Video Sharifah Shahirah menemani dan mengajar anaknya, Oddah membayar zakat di Pejabat Zakat raih pujian warganet. Terbaik lah Kak Shiera..
Anak kepada pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah iaitu Oddah, kini dikenali ramai selepas menyertai pertandingan nyanyian Talk To My Manager beberapa bulan yang lalu. Menerusi pertandingan tersebut, Oddah berjaya meraih tempat ketiga.
Terbaharu, meninjau di akaun Instagram milik Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Shiera menemani Oddah ke sebuah Pejabat Zakat. Menerusi video itu, Shiera mengajar Oddah cara membayar zakat pendapatannya sambil berkongsi momen bermakna yang dilakukan oleh anaknya itu.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Shiera mengatakan bahawa perkara itu dilakukan pada hari terakhir tahun 2025, di mana dia telah mendaftarkan Oddah di Pejabat Zakat berkenaan. Dalam masa sama, Shiera turut berharap agar selepas ini Oddah mampu menguruskan tanggungjawab tersebut sendiri tanpa lagi memerlukan bimbingannya.

Perkongsian berkenaan nyata meraih perhatian warganet yang rata-rata memuji cara didikan Shiera dalam membentuk anaknya agar bertanggungjawab sejak usia muda. Sehingga kini, video Oddah itu menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Bagus Kak Shiera ajar anak mengenai kewajiban membayar zakat. Tak semua orang ambil hal ni penting… Semoga bertambah murah rezeki Oddah.. “
” Alhamdulillah… Mama ajar Odah nk byr zakat.. Semoga terus melimpah rezeki berkat Odda, berjaya dalam hidup.. Amin.. “
” MasyaAllah…. Alhamdulillah mama ajarkan oddah kewajipan hidup bayar zakat… MasyaAllah alhamdulillah seusia oddah dah berjaya bayar zakat dik… Alhamdulillah.. “
” Bagus kak shiera ajar kepentingan membayar zakat bila dh ada pendapatan. Semoha murah rezeki selalu yer.. “
” Alhamdulillah semoga selepas ini Odda terus berjaya serta dipermudahkan segala urusannya. Good job Oddah.. “
” Alhamdulillah Auddra dah menjalankan tanggungjawabnya. Syukur.. Tak semua anak-anak rasa bayar zakat ni penting.. “
” Alhamdulillah, berkat rezeki Oddah.. Insyaallah lepas ni pandai lagi Oddah.. Acik doakan Oddah terus berjaya ya.. “
Momen yang dikongsikan itu bukan sahaja memperlihatkan hubungan erat antara ibu dan anak, malah menjadi contoh didikan yang baik dalam membentuk keperibadian bertanggungjawab sejak awal usia. Sikap Sharifah Shahirah dalam membimbing Oddah menguruskan kewajipan sendiri nyata wajar dipuji dan diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada ibu bapa yang lain.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shieraijoy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you so much sebab jadi mak tiri yang tak pernah kedekut, tolong daddy bila daddy tengah susah.. ” – Thalita

