Artis / Selebriti
” Bagus Fattah ni, mencari ibunya terlebih dahulu. Sedih masa ibunya menangis.. ” – Komen Netizen
Video Fattah Amin mencari dan memeluk ibunya sejurus selesai akad nikah buat ramai tersentuh hati. Sebaknya tengok Ibu Azizah menangis..
Semalam telah pun berlangsung majlis pernikahan pasangan yang dinantikan iaitu Fattah Amin dan Amira Othman. Majlis tersebut berlangsung dengan penuh meriah dengan kehadiran kaum keluarga, sahabat handai dan saudara mara kedua pihak.
Antara momen yang menjadi tumpuan ialah reaksi Fattah sejurus selesai akad nikah yang terus mencari dan memeluk ibunya yang kelihatan agak sebak. Pastinya ibu Fattah berasa tersentuh melihat pernikahan kali kedua Fattah ini.
Momen ini mendapat pujian ramai kerana Fattah dilihat sebagai seorang anak yang baik. Video tersebut ada dikongsikan di Instagram Media Hiburan dan Inaijari010. Majlis tersebut cukup indah dengan bertemakan warna putih serta para tetamu juga memakai warna yang sama.

Perkongsian video-video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Akhirnya pasangan yang sering digelar sebagai rakan sekerja kini sudah bertukar status kepada rakan serumah.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap Fattah yang mengutamakan ibunya. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nampak sejuk majlis penuh dengan alunan yang sedap.baru berkat inshaAllah jadi contoh. Alhamdulillah tahniah buat abg fattah amin dan kak amira.. “
” Cantiknya semuaaaaaa serba putih. Selamat pengantin baru. Semoga brkekalan hingga ke jannah. Bagusnya fattah sayang2 mak dia…..segaknya fattah.. “
” Mcm ni lah majlis akad nikah penuh dgn alunan selawat.Patut jadi contoh.Pakaian perempuan pun x terdedah,tok kadi tgk pun xde lah sakit jantung ke apa.. “
” Bagus Fattah ni, mencari ibunya terlebih dahulu… Syukur atas izinNya, menjadiikan Amira isterinya Bahagia till jannah..Aamiin.. “
” Keluarga fattah nmpk org baik2 sejuk tgok. MasyaAllah sukanyaaaaaa tengok. Semua sudah selesai alhamdulillah, kita doakan yang terbaik utk FA dan AO. . “
” Sedih masa mak fatah nangis.. hati ibu mana x gembira bila anak dh jmpa yg mampu terima seadanya anaknya.. ALLAH SWT maha besar lg maha mendengar .. semoga kekal hingga hujung nyawa FA & AO.. “
” Ini contoh anak yg sholeh sllu utamakan ibu surganya…insya allah hidupnya fatah sllu berkah dlm lindungan allah amiiin.. “
Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru iaitu Fattah Amin dan Amira Othman. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina ini kekal bahagia sehingga ke syurga dan dikurniakan cahaya mata yang comel-comel. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, Inaijari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen

