Artis / Selebriti
” Bagus cara Syafiq tu, halus je dia bagi ayat, haha.. ” – Komen Netizen

Video reaksi Syafiq Kyle ketika seorang peminat perempuan mahu bersalaman dengan dirinya raih pujian warganet. Part Sharnaaz ketawa sampai tampar bodyguard tu memang lawak. Berdekah Sharnaaz gelak bila dengar Syafiq cakap macam tu, hehe..
Meninjau di akaun Tiktok milik nama smrymmy, telah dikongsikan video pelakon Syafiq Kyle dan Sharnaaz Ahmad. Menerusi video itu, Syafiq dan Sharnaaz sedang berada di sebuah mall untuk bertemu peminat-peminat dan mempromosikan filem terbaru lakonan mereka bertajuk Blood Brothers : Bara Naga.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah ada seorang peminat perempuan telah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Syafiq. Dengan spontan, Syafiq meletakkan tangannya di dada dan berkata kepada perempuan itu yang dirinya mempunyai wuduk.
Mendengar apa yang dikatakan oleh Syafiq, Sharnaaz turut berdekah ketawa dan sambil tangannya sempat menampar bahu seorang bodyguard. Perkongsian video ini juga menjadi perbualan warganet. Ramai yang bersetuju dengan cara Syafiq menolak untuk bersalaman dengan peminat perempuan tersebut.
Ada juga meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan sikap peminat itu yang langsung tidak memikirkan hukum bersalaman atau bersentuhan dengan bukan mahram. Sehingga kini, video Syafiq itu telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@smrymmy___ dipukulnya bodyguard tu 😂 #bloodbrothers #sapotlokal #baranaga #ghaz #arif #fadhlan #pablo #ktccmallkualaterengganu #jelajahbaranaga #fyp @Syafiq Kyle @Mamu Legacy Shop
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet selepas menonton video ini. Antara komen-komen warganet adalah :
” Bagus cara Syafiq tu, halus je dia bagi ayat, haha.. Ni pun kira ‘dakwah bilhal’ juga ni. Merujuk situasi ni sahaja. Semoga perempuan tersebut belajar sesuatu, yang sepatutnya dah belajar.. “
” Beria la nak salam2 bagai .. cukup jela amik video amik gambar je dah la … Tah apo2.. Sekali aku pula jadi malu tengok video ni, huhu.. “
” Betul dh tu cara Syafiq.. Dh kenapa yg girl pn kalut nk sua tangan.. Baru tau, mamu sejenis gelak ketawa main tampar tampar org sebelah.. “
” Jadi kita sebagai perempuan islam, ambik pengajaran macam mana pun kita minat artis tu.. jangan sampai lebih batas lepas ni.. “
” Mamu pukul siapa tu, yg buat lawak tu Shafiq.. Asal abg bodyguard yg kena, haha tak pasal je bodyguard tu yer, hahaha.. Mamu2.. “
” Hahahah mamu org lain yg dipukul nya hahahaha melampau hek. Perempuan yg hulur tangan tu alahai beragak lah org tu dah kahwin.. “
” Sgt sopan syafiq tolak nk salam ye .. Tak nmpk sombong pun .. Dia tolak letak tgn dia kat dada .. Mamu memang lawak, haha.. “
Part Sharnaaz gelak juga mencuit hati ramai. Pastinya Sharnaaz juga tidak menyangka apa yang terkeluar daripada mulut Syafiq itu sehingga Sharnaaz pun menampar manja bahu bodyguard itu. Apa-apa pun, terbaik lah Syafiq, menegur dengan penuh sopan dan berlapik.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok smrymmy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Viral5 days ago
” Mama dia masuk, mama dia sebut 1 perkataan yang buat saya sebak.. ” – Wakil Pengurusan Jenazah
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak nak fly jauh weh. Touching la kita tengok Faz packing. Siap kiss pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dari tadi saya dengar suara dia, air mata ini meleleh je.. ” – Misha Omar
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen