Artis / Selebriti
” Bagus betul, humble je dia. Mana nak cari besan macam ni. Salute pada sis Sheila.. ” – Komen Netizen
Video Sheila Rusly memasak untuk kenduri kahwin anak saudara Elisya Sandha raih pujian ramai. Bagusnya Sheila, sanggup turut padang bertungkus lumus memasak hidangan kenduri. Satu keluarga tolong merewang..
Siapa yang tidak kenal dengan figura bernama Sheila Rusly ini. Sheila sangat terkenal dengan kehebatannya memasak dan video masakannya sentiasa dinanti-nantikan oleh warganet. Kelincahan Sheila di dapur tidak puas dilihat dan banyak resepi menarik dipertontonkan kepada umum.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sheila Rusly, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Sheila mengunjungi kediaman keluarga Elisya Sandha di kampung. Tidak hanya hadir sebagai besan kepada keluarga Elisya, tetapi Sheila turut membantu keluarga Elisya memasak dan rewang untuk satu kenduri.
Majlis perkahwinan anak saudara Elisya itu mendapat sentuhan air tangan Sheila apabila Sheila memasak beberapa menu untuk kenduri. Cara Sheila bekerjasama bersama orang kampung juga dipuji oleh warganet. Walaupun sudah hebat memasak tetap merendah diri dan mengucapkan terima kasih apabila ada yang berkongsi tips memasak.

Ramai yang memuji Sheila sebagai ibu mertua yang hebat dan baik. Tidak hanya Sheila, suaminya Jinggo serta anak-anak dan menantu-menantu semuanya turut membantu. Malah Bunga Elhaq yang kecil juga tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman rewang yang semakin jarang dilakukan oleh masyarakat.
Jom tonton video di bawah :
@sheilarusly Moga 2026 sis dapat banyak lagi jemputan MASAK utk orang kahwin😍 Suri & Harris dah tahu ke formula perkahwinan? Nanna share ye.. *Kalau Harris betul Suri salah Harris tetap salah. Sekian pesanan dari Nanna. Sila bersabar😜 #sentiasabersyukur #alhamdulillah
Perkongsian ini sehingga kini telah pun merekodkan lebih 42 ribu tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sheila rusly ni sentuhan dia tu mahal… Cara dia pegang senduk, kacau tu rapi sangat sangat.. Terbaik.. seronok nya vibe rewang cmni sis
” Mertua paling bagus tak kisah menantu dia siapa.. keturunan apa pun dia ta kisah dia layan menantu semua smaa adil.. “
” Seronok tgok keluarga kak Sheila ni ank menantu turun pdg tolong menolong ceriakan majlis, beruntung sangat ada ank menantu semua ada package ke dapur.. “
” Bagus btul ek. humble ja dia.. mana nk cari besan gini. salute pada sis sheila.. menantu pun semua bagus boleh buat kerja.. “
” Bagusnya family ni, untung semua tetamu dapat merasa air tangan Sheila Rusly.. walaupun diva anak beranak turun padang tolong.. “
” Untunglaa hj jinggo kan dpt surihati mcm aunty sheila…very2 limited.. elisya untung dapat mak mertua macam ni. melayani keluarga besan macam keluarga sendiri.. “
” Bagusnya Sheila ni, mak mertua yang tersangat sangat baik. Besan yang terlajak baik dan ringan tulang membantu. Mana nak cari seketul macam Sheila ni.. semoga keluarga besar Sheila bahagia selalu.. “
Tumpang gembira warganet melihat layanan Sheila terhadap keluarga besannya ini. Sheila ada jiwa yang besar dan mertua terbaik kiriman tuhan untuk Elisya. Beruntung semua tetamu kenduri dapat merasai air tangan Sheila. Semoga Sheila sihat selalu dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sheila Rusly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan

