Artis / Selebriti
” Baby Hawa first time jumpa pantai.. ” – Yatt Hamzah
Yatt Hamzah Kongsi Video Gelagat Anaknya, Suci Hawa Zulaikha Yang Pertama Kali Menjejakkan Kaki Di Pantai. Wah Seronoknya Hawa Main Pasir. Muka Tu Comel Sangat !!
Pemilik nama Haryati Hamzah atau lebih dikenali sebagai Yatt Hamzah sudah tidak asing lagi di kalangan peminat. Yatt bermula sebagai seorang pelakon dan selepas itu melebarkan sayapnya dalam bidang pengacaraan. Selain itu, Yatt juga aktif menghadiri forum-forum agama sebagai ahli panel.
Hasil tinjauan di ruangan Instagramnya, Yatt ada berkongsi video terbaru anak bongsunya, Suci Hawa Zulaikha yang sudah menginjak usia setahun. Itu merupakan kali pertama Hawa menjejakkan kaki ke pantai bersama ibu dan bapanya.
Dalam video tersebut, dapat dilihat keterujaan Hawa yang berjalan sambil dipimpin oleh ibunya ke pantai. Hawa yang masih belajar berjalan itu kelihatan cukup seronok dapat bermain air. Yatt juga tidak menyangka yang anaknya itu berani dan tidak tak0t air di pantai.

Hawa juga dilihat sangat gembira bermain pasir menggunakan tangannya. Berkali-kali Hawa meng0rek pasir di pantai dan Yatt juga memaklumkan yang hampir-hampir pasir masuk ke mulutnya. Alahai comel betul Hawa, mesti teruja untuk explore perkara baru.
Jom ikuti perkongsian video di bawah :
https://www.instagram.com/p/CJ1BTJqiP0e/
Gelagat comel Hawa sewaktu bermain di pantai cukup mengujakan bagi Yatt sebagai ibu. Peminat juga turut mendoakan kesejahteraan Hawa. Antara komen-komen mereka adalah :
” Pantai saujana.. batu 4 pd… semoga bby hawa membesar dngn sihat, menjadi ank yg solehah, dimurahi rezeki yg berpanjangan & sentiasa menjadi ank terbaik buat keluarga.. “
” Seronoknya dia, Semoga membesar menjadi anak yg solehah, baby hawa, Rinduunyaaa.. “
” Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik, menjadi anak solehah penyejuk hati ibubapanya & keluarganya berjaya dunia akhirat. Aaminn.. “
” Semoga mmbesar dengan sihat menjadi anak solehah.. penyejuk hati ayah dan bonda.. “
Untuk rekod, Yatt mendirikan rumahtangga bersama pasangannya, Muhammad Zulfadhli Khairudin. Hasil daripada perkahwinan tersebut, Yatt dikurniakan 3 orang cahaya mata perempuan. Yatt juga memiliki seorang lagi anak perempuan hasil perkahwinannya yang terdahulu.

Seronok betul melihat telatah Hawa dalam video tersebut. Sebagai ibu dan bapa, pastinya Yatt dan suami ingin memberikan yang terbaik buat anak mereka. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Yatt sekeluarga sentiasa sihat dan bahagia selamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Yatt Hamzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti19 hours ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil

