Artis / Selebriti
” Baby bila jadi juri kalah Tok Ram wei. Selamba je dia, ayat spontan tapi lucu.. ” – Komen Netizen
Video adik Bell Ngasri, Nassuhada Ngasri memberi komen ketika Norreen Iman sedang menyanyi buat ramai terhibur. Macam tu je Norreen kena judge dengan Baby. Lawak lah ayat Baby tu, haha..
Norreen Iman merupakan sepupu kepada pelawak terkenal, Bell Ngasri. Norreen sangat rapat dengan adik Bell, Nassuhada Ngasri atau lebih mesra dengan panggilan Baby. Banyak video yang dirakamkan oleh Norreen apabila bersama Baby dan ramai yang terhibur dengan telatah mereka.
Meninjau entry di akaun Tiktok Norreuxcnik, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Norreen ketika Baby memberikan komen setelah mendengar suara Norreen menyanyi. Norreen baru sahaja menyanyikan beberapa baris lirik lagu Dato’ Seri Siti Nurhaliza, namun terhenti mendengar komen daripada Baby.
Terdiam Norreen dan beberapa saat juga Norreen menatap wajah Baby yang serius itu. Baby meminta untuk Norreen menukar lagu lain kerana suara Norreen tidak sedap menyanyikan lagu DS Siti. Kata Baby, Norreen perlu menyanyi lagu raya.

Norreen tidak berpuas hati dengan komen daripada Baby. Kata Norreen, jika Baby menyanyi Norreen layankan sahaja tetapi apabila sampai giliran Norreen menyanyi, Baby boleh pula memberi komen sebegitu. Lawak sungguh apabila sepupu sepupu bersama, dua-dua pun kelakar dan suka menyakat.
Jom tonton video di bawah :
@norreuxcnik
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Baby bila jadi juri kalah Tok Ram wei, haha.. mengekek aku dengar, juri paling jujur ni.. kemain garang eh baby.. “
” Buat lah vd baby lama2 skit. xpuas tgk dia bebel haha.. Aku suka la dengan baby ni. slumber ja dia.. ayat spontan tapi lucu.. “
” Hahahahahahahah “suara ko nan siti xsedap.. Lagu lain” wehhhhhh babyy.. aku sumpah cakap baby nii comel and lawakk… aku tak bole lahh ngn baby nii.. “
” Kehkehkeh.. amik kauu Noreen.. tewas dgn komen si juri comey tu.. muka serius je baby.. bijak baby, dia nak lagu dia lah, alamak raya lagi haha.. “
” Norreen : so suara norreen tak sedap lah? Baby : ha lah (dengan muka judge dia) haha.. boleh jadi juri baby ni.. sedap cakap tak sedap terus.. muka baby macam tak puas hati haha.. “
” Haha macam tu je norreen kena judge.. baby ni jujur sangat, maafkan akak norreen sebab tergelak.. geng tok ram baby ni, jangan main-main.. “
” Baby boleh ganti mummy mas Idayu ni.. aku tak boleh la dengan baby ni.. dia lagi lawak dari Norreen.. Tak bole bla muka noreen time kene judge dgn baby.. “
Kelakar lah baby, terkedu sebentar Norreen gara-gara komen terlebih jujur daripada Baby. Apa-apa pun, perkongsian ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur dengan gelagat Norreen dan sepupunya itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

