Connect with us

Artis / Selebriti

” Baby besar yang baik, bijak dan pemalu. Suka tengok Danisha ni.. ” – Komen Netizen

Video Abby Abadi Bersama Anak Perempuan, Maria Danisha Hakim Raih Perhatian Warganet. Wah Dah Besar Panjang Danisha. Makin Cantik Dan Ayu Sekarang Ni. Pemalu Dan Manja Baby Besar Mama Abby Ni !!

Anak-anak pelakon popular, Abby Abadi bersama Norman Hakim memiliki rupa paras yang cantik dan sering menerima pujian daripada warganet. Jika ketika kecil dahulu anak perempuan bongsu mereka bernama Maria Danisha Hakim sedikit chubby, kini Maria membesar menjadi seorang anak gadis yang cantik.

Meninjau akaun Instagram Abby Abadi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Abby bersama suaminya, Jai membawa Danisha atau mesra dengan gelaran Baby untuk outing. Memandangkan hari itu abah Jai cuti, mereka mengambil kesempatan untuk membawa Danisha keluar membeli belah.

Kata Abby, hari itu aktiviti mereka hanya makan, shopping dan makan lagi. Semua yang diminta oleh Danisha, semuanya dipenuhi oleh Abby dan Jai. Seronok Danisha dapat meluangkan masa hanya bertiga bersama mama dan abah kesayangannya itu.

Wajah ayu Danisha mencuri perhatian ramai. Danisha sememangnya anak yang pemalu dan setiap kali Abby cuba merakamkan gelagat dan gambarnya, pasti Danisha akan tertunduk-tunduk menyorokkan wajahnya. Oleh sebab itu juga, jarang untuk warganet melihat Danisha dalam posting Abby.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Abby ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Cantiknya baby.. .selamat ulang tahun baby Semoga membesar menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia akhirat.. “

” MasyaAllah cantek juga baby Maria ni ye….. tunggu besar lagi makin anggun tuuu.. muka dia soft.. Baby besar yg baik, bijak dan pemalu..”

” Makin comel baby ni.. cantik sangat dia, suka tengok muka dia ada tarikan sendiri.. happy birthday kakak baby.. semoga berjaya di dunia dan akhirat.. “

” Happy birthday baby anak solehah.. semoga cemerlang dunia akhirat.. Bahagia kan mama k… Jgn buat mama sedih.. “

” Anak-anak Norman dan Abby tak dinafikan semua cantik-cantik.. Happy birthday baby, dah besar dia… semoga menjadi anak yang baik kebanggaan ibu dan ayah, aamin.. “

” Cantik baby…. muka nk dekat sama ngan mummy memeysuhaiza dia. Happy birthday. Tahniah mama abbyabadi_112 dan normanhakim_786 kerana mendidik anak yg hebat. Suka tgk vibes family korang.. “

” Baby cntikk mcm muka Abby. jadi anak solehah ya.. semoga baby Danisha ni membesar sesuai dgn doa mak ayah nya, suka tgok baby ni jarang2 di sebut tapi dia lah yg akan banggakan Abby dn family nya nanti inshaa Allah doa yg baik2 buat baby.. “

Sekejap sahaja masa berlalu, Danisha kini sudah 16 tahun sekarang. Semoga Maria Danisha dikurniakan Allah kebijaksanaan, dipermudahkan untuk berjaya dalam pelajaran dan menjadi anak yang solehah serta membanggakan kedua ibu bapa dengan pencapaiannya nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Abby Abadi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT