Connect with us

Artis / Selebriti

” Ayat Jejai ni dalam tak sedar sambil baca tu air mata menitik.. ” – Netizen

Perkongsian Gambar Dan Ucapan Jejai Sempena Ulangtahun Kelahiran Anak Perempuannya, Putri Raysha Jemyma Buat Ramai Tersentuh. Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Pun Ada Sekali Dengan Keluarga Jejai. Part Jemyma Peluk Jejai Tu Alahai Sayu Pulak Tengok !!

Seperti tahun-tahun terdahulu, Fasha dan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai akan menyambut hari lahir anak mereka bersama-sama. Kali ini giliran anak perempuan mereka, Putri Raysha Jemyma pula diraikan dalam satu majlis yang meriah.

Meninjau akaun Instagram Rizal Ashram Ramli, telah dikongsikan gambar dan video ketika majlis ini berlangsung. Jemyma menyambut hari lahir yang ke 9 tahun dan anak perempuan Jejai dan Fasha ini semakin besar, semakin cantik seperti ibunya.

Klik gambar untuk info..

Coretan birthday wish Jejai antara yang sentiasa dinanti-nantikan oleh warganet. Ayah yang sentiasa peka dengan anak-anak, kasih sayang Jejai untuk anak-anaknya ini membuatkan warganet kagum. Ucapannya penuh dengan nasihat yang berguna.

Jejai turut bercerita tentang Jemyma sekarang yang semakin lama bergayut dengannya di handphone bercerita mengenai rutin harian. Jejai turut berpesan agar Jemyma sentiasa berbuat baik tidak hanya kepada Jejai dan Fasha, malah seluruh keluarga dan Aidil juga.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh Jejai ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Cantik macam mak dia, happy birthday Jemaima.. Sed1h pulak tengok jemayma datang pelok daddy dia. Anak girl saya pun mmg manja ngan ayah. Kemana2 pun nak pelok ayah je.. ”

” There you go, best daddy wishes as always.. Thanks jejai, your beautiful write up for your kids will always made us realised we need tissues to wipe the unexpected tears.. ”

” For the past few years , kita rajin baca wish2 birthday dari u utk anak2 u. Sgt menyentuh perasaan .. Such a beautiful caption. Happy birthday Jemyma.. You should put all of these Bday wishes into a book.. ”

” Awwhh the last video melt our hearts.. Hebat wish seorg ayah.. Anak daddy ni muka sama mcm daddy laaa.. Happy Birthday Jemyma semoga sihat selalu & diberkati Allah swt Aminnn.. ”

” Setiap kali besday anak2 rizalashramrnt , mesti akan tggu posting & bace ucapan dia.. sebab dia bapak yg akan karang menjela2 menghargai anak, bg nasihat, dan bg contoh bapa yg baik kat parent luar sana.. ”

Klik gambar untuk info..

” Rizal ni kalau setiap besday anak dia mesti caption dia panjang-panjang. Bagus betul.. Happy birthday Girl…untung Jemyma jadi kesayangan daddy..semoga daddy dan anak2 sihat dan happy selalu.. ”

” Mata masuk habuk, ayat rizal ni tak pernah mengecew4kan. Dalam tak sedar sambil baca tu air mata menitik. Ayah terbaik lah.. common sense yang tinggi.. ”

Antara gambar lain yang dikongsikan :

Ucapan Jejai memang selalu buat orang tersentuh hati, saban tahun ayatnya pasti panjang berjela dan penuh dengan kata-kata nasihat. Semoga Jemyma akan menjadi anak yang baik terhadap kedua ibu bapanya, anak yang solehah serta berjaya dalam pelajaran.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rizal Ramli

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT