Artis / Selebriti
” Ayash dah pandai nyanyi. Alololo so cute Ayash, geram je tengok.. ” – Komen Netizen
Video Ayash Affan menyanyi duet bersama kakaknya, Thalita lagu berjudul D1e With A Smile buat ramai terhibur. Wah, pandainya Ayash ikut tempo walaupun sebutan tidak betul dan pelat. Part last, sempat Ayash tarik mic daripada Thalita, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Siti Sarah Raisuddin, perkongsian sebuah video yang memaparkan Thalita menyanyi karaoke bersama adiknya, Ayash Affan di dalam kenderaan telah meraih perhatian ramai. Mereka menyanyikan lagu Inggeris berjudul D1e With A Smile.
Thalita memulakan nyanyian dan suaranya kedengaran semakin bagus serta merdu. Kemudian Thalita meminta Ayash untuk menyambung nyanyian tersebut dengan menghalakan mikrofon ke mulut Ayash. Ayash terus menyanyi apabila mikrofon dihalakan kepadanya.
Ayash seperti sudah biasa mendengar lagu ini kerana boleh menyanyi mengikut tempo walaupun sebutan Ayash tidak betul dan pelat. Nampaknya Ayash juga mempunyai bakat menyanyi seperti kakaknya. Tidak mustahil Ayash akan menjadi penyanyi seperti arwah ibu dan juga kakaknya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Thalita dilihat seorang kakak yang penyayang dan boleh menjaga Ayash dengan baik. Cara Thalita menyantuni Ayash juga dipuji ramai.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang geram melihat gelagat Ayash. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Aalaaa comell nye sayang matin niii.. Suara Thalita dah semakin mantap. Comellah Ayash sekarang. The sister handles the brother so well and kind.. “
” Wehhhhh hahhah comey nya dia … pndai tu nyanyiiii…. ayash2… Siti sarah juniors are coming.. Abg matin pon geram dgn ayash.. chomel mulut dia.. “
” Alololooo so cute ayashh geramm je tengok.. Thalita’s pronounciation is simply superb.. and such great voice too.. Makin mirip suara Ibu si kakak.Al-Fatihah Ibu.. “
” Emosi ank2 ni sgt stabil sbb diorg ada ayah yg sgt penyayang dan pandai mengambil hati… sekarang dah ada ibu tiri yg jugak sayang diorg mcm ank sdri… Semoga terus membesar dalam suasana yg harmoni.. “
” Alolo..Sayang Ayash..Teringat Matin kecik² dulu..Masa nyanyi atas riba ibunya..Tajuk lagu Shallow klu tak silap.. “
” Terbaik Talita Good Ada peningkatan Best Sgt Dan Adik Ayash dah Pandai Nyanyi Hahaha .. pandainya baby ayash.. so cute.. “
” Nmpk gerakan bibir.. betul dah mashaAllah….inshaAllah muga cepat berbicara….terus bagi latihan… Ingat mateen time kecik.. “
Semakin Ayash membesar semakin handsome lah Ayash ini. Walaupun sebelum ini Ayash pernah dikritik kerana tidak pandai bercakap, namun menerusi video ini, Ayash dilihat sudah mempunyai perkembangan yang baik. InsyaAllah tidak lama lagi Ayash akan petah berceloteh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sarah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

