Artis / Selebriti
” Awak, nak ke tak saya buatkan tiramisu.. ” – Nur Fazura
Video live Fazura bersama Que Haidar buat ramai teruja menontonnya. Alahai, bersorak semua orang bila Faz tanya Que nak tak kek dia buat. Malu-malu masing-masing, hehe..
Sejak kebelakangan ini, gandingan pelakon jelita, Nur Fazura bersama Que Haidar bagi mempromosikan butik Jakel sering menjadi perhatian ramai. Usikan demi usikan antara mereka membuatkan warganet terhibur, malah ramai yang menantikan setiap kemunculan duo ini di media sosial.
Terbaharu, menerusi akaun TikTok milik anak.bongsu386, telah dikongsikan video yang memaparkan Fazura membuat siaran langsung bersama Que. Pada awalnya, Fazura hanya meninggalkan komen di live Que yang ketika itu sedang menikmati kek tiramisu.
Tidak lama kemudian, Que pula masuk ke live Fazura dan suasana bertukar menjadi lebih riuh. Kedua-duanya kelihatan sedikit malu-malu untuk memulakan bicara, lebih-lebih lagi apabila kedengaran suara latar yang tidak henti-henti menyakat mereka.

Dalam suasana santai itu, Fazura sempat bertanya secara berseloroh sama ada Que mahu dirinya membuatkan kek tiramisu tersebut. Pertanyaan spontan itu sekali lagi mencetuskan gelak tawa dan menambahkan lagi kemeriahan siaran langsung berkenaan.
Tonton video di bawah ini :
@anak.bongsu386 sampai xfokus berniaga 😁 #fazura #quehaidar #fypシ゚ #fyp #jakel
@anak.bongsu386
Di ruangan komen, pelbagai kata usikan telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” KLU benar berjodoh,Faz dpt anak remaja instant (anak2 Que)… Fatima Dpt kakak2 baru.. Mesti diorg Syg fatima mcm adik sendiri InshaAllah.. “
” Ibarat vid call dgn partner sebelum masuk kerja tapi 1malaysia tengok, hahahaa comellllllllllllll je dedua, eee geram aku tengok. “
” Suka Faz skrg.. Berseri seri.. Senyuman dia btkan hati ramai cair kan.. Cantik sangat dia ni.. Masya Allah.. Moga cepat bertemu jodoh.. “
” Ehh aku pun sengeh gak pahal.. 20kali dok ulang senyum sorang2.. Ahhhh sudahhhh sekali kita pun malu2 ni join sekaki dengan faz.. “
” Suara latar tu lawak benor, menambahkan kemanisan video.. Ok Faz, ini luluusssss kami sokonggg okkk.. “
” Semangat kalau nk tengok cerita dia berdua ni.. Nampak sama cantik sama padan lah, hehehe kalau ada jodoh apa salahnya.. “
” Aku tak bole tgk lama2.. Nak tergelak.. Dgn aku2 skali malu2 kucing.. Bersemut oiiii, sweet dorang dah boleh sampai potong kaki.. “

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok anak.bongsu386
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah

