Artis / Selebriti
” Awak cakap awak makan asam, dorang ucap tahniah.. ” – Fattah Amin

Video Amira Othman memberitahu dirinya pening dan makan asam ketika sedang live . Alamak, Kak Long terlepas cakap ke tu. Part Yuti nak buat pengumuman tu kelakar. Pecah peluh Fattah tengok perangai Yuti, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik mimpi_syakilla,telah dikongsikan video yang memaparkan pengantin baru, Fattah Amin dan Amira Othman membuat live mempromosikan pakaian sebuah jenama. Menerusi video itu, kelihatan ada bersama adalah rakan rapat pasangan ini iaitu Yuti.
Pada awal video, Amira ada menunjukkan dia sedang makan asam kepada para pengikut yang menonton live tersebut. Kata Amira, dia makan asam tersebut kerana mahu menghilangkan sakit kepalanya. Selepas itu, Fattah ada memberitahu kepada Amira, gara-gara kenyataannya itu, ramai yang meninggalkan ucapan tahniah.
Mendengar apa yang dikatakan oleh Fattah, Amira rasa terkejut dan terus Yuti menyakat pasangan ini dengan berkata mahu membuat satu pengumuman di akhir live itu nanti. Lalu, dengan pantas Fattah menolak Yuti agar tidak lagi bercakap. Usik Yuti, dia hanya mahu membuat pengumuman nama-nama pemenang sahaja.
Kelihatan Amira tidak dapat menahan ketawa setelah melihat telatah Yuti dan suaminya. Bukan itu sahaja, selepas itu, Yuti juga masih menyakat Fattah lagi. Sehingga kini, perkongsian video ini menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@mimpi_syakilla Amira Othman Makan Asam
Di ruangan komen ratanya terhibur dengan perkongsian video ini dan pelbagai kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Amira dh terlepas ckp, hahahaha.. Yang si Yuti pulak tk sabar nk umumkan.. Kelakar tengok live semalam, penat ketawa.. “
” Makan Asam maksud nya ape tu… Heheheh.. Siapa ulang lebih 3kali .. Sambil senyum2.. Kite geng.. Kak Long betul ke ni, hehe.. “
” Bila tengok abg long asik pakai kain pelikat je time honeymoon.. Hahahaha.. Org tua mmg selalu pesan, nak cepat isteri preggy, suami kena kerap pakai kain pelikat.. Hahaha.. “
” Ala korg, kalau ada kita doakan yg baik2, kalau tak de pun kita doakan yg baik2 jgk. Btw Mira pun ada HB low, org HB low je faham mmg sllu pening. Hehe aritu pun dia warded sbb HB low kan.. “
” Ecece ntah2 btul ada.. Alaa mcm dia dlu dgn fattah la awal2 dlu tak ngaku kn..Tup² kawin haa.. Ni pn sama nii, hehehe.. “
” Geram betul dgn yuti tu ekkk. malam tadi takde tarik2 rambut ke, HAHAHAHA. Kitanya line teruk tak dpt tgk lah.. “
” Hahaha comel je Yuti. Saya sokong Yuti… Haaaa kelakar. please yuti perlu sentiasa ada dlm live diorg.. Best tengok dorang bergabung.. “
Seloroh warganet, mereka sangat terhibur menonton video live tersebut dan turut mendoakan yang baik-baik buat Fattah dan Amira. Alahai, Amira terlepas cakap ke tu. Kalau betul pun apa salahnya, rezeki pengantin baru. Semoga hubungan rumahtangga pasangan ini terus bahagia serta kekal hingga ke akhir hayat.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok mimpi_syakilla
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Blend betul lagu ni dengan suara Hadie. Versi akustik macam ni lagi syahdu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedih tengok Amad. Tiba-tiba dia sakit, pelik kan.. ” – Komen Netizen