Artis / Selebriti
” Awak bila lagi, jangan lupa jemput Kak Iti ye. Kak Iti nyanyi free je.. ” – DS Siti Nurhaliza
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza menyakat Hael Husaini bila nak kahwin buat ramai terhibur. Sekali DS Siti tanya, terus Hael tersenyum dan blushing. Untung lah Tokti siap offer nak menyanyi free di majlis Hael nanti, hehe..
Umum mengetahui beberapa hari lalu, penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah mengadakan konsert bernama The Next Wave Siti Nurhaliza 2025 di Singapura. Sememangnya kehadiran DS Siti di negara tersebut sangat dinanti-nantikan oleh para peminatnya di sana.
Meninjau di akaun TikTok milik shay.mless, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Siti bersama penyanyi Hael Husaini di atas pentas. Menerusi video itu, pada awalnya DS Siti sedang mencari suaminya, Datuk Khalid yang duduk di kerusi penonton.
Telatah DS Siti yang sangat manja ketika bercakap dengan Datuk Khalid telah mendapat usikan daripada Hael. Selain itu, tidak disangka Hael juga menerima kembali kata usikan daripada DS Siti apabila DS Siti bertanya bila Hael akan berkahwin.

Bukan itu sahaja, DS Siti minta Hael tidak lupa untuk menjemputnya ke majlis perkahwinan Hael dan akui DS Siti, dia akan menyanyi secara percuma di majlis tersebut. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet yang terhibur dengan usikan DS Siti terhadap Hael.
Tonton video di bawah ini :
@shay.mless @Hael Husaini bila sanding, jemput kita sekali eh? 🤣 @Siti Nurhaliza #TheNextWave #TheNextWaveSingapore
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aku pula yang tersengeh-sengeh bila dengar Dato’ Siti menyakat Hael, haha.. Macam tak lama je lagi Hael nk naik pelamin ni.. “
” Kena balik : Awak bila lagi.. Hahhahaa tahu pun malu2 kan bila tanya bila nk kahwin.. Wahhh bestnya tokti nk menyanyi di majlis kahwin Hael.. “
” Kan dh kena awak jgn lupa jemput kami2 sekali.. Btw Dato Siti memang sweet sangat lah dengan Datuk K, suka tengok.. “
” High chance TokTi akan nyanyi kalau Hael & Dayang jodoh… Lagipun Dayang tu sahabat baik TokTi of course nyanyi free, hehe.. “
” Pandai dsct amik hati kn.. Awk bila lg.. Siap nk nyanyi free.. Untung oo… Rasa mcm nk kawin smula la agak2 jemput dsct dpt free jg tak, hehe.. “
” Rasanya dah 10 kali ulang video ni.. Cute sangat tengok cara Siti menyakat Hael.. Lembut sungguh Siti panggil cik abang dia, hehe.. “
” Komen sambil sengeh sowg2.. Ulang dekat 10 kali.. Comel hael panggil kak iti, hehehe nampak dua2 ni akrab sangat.. “
Wah, bersaksikan para penontom yang hadir di konsert, DS Siti akan menyanyi di majlis perkahwinan Hael. Adakah kata-kata DS Siti itu memberikan bayangan yang Hael tidak lama lagi bakal mengakhiri zaman bujangnya. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan perkhabaran gembira itu daripada Hael.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok shay.mless, IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

