Artis / Selebriti
” Aura tsumawi tetap macam dulu. Bergema 1 auditorium bila dia nyanyi, sedap betul.. ” – Komen Netizen
Video persembahan duet Nubhan bersama Mawi World di pentas Gegar Vaganza memukau ramai. Fuh meremang dengar suara jantan Mawi. Bersorak penonton di auditorium dengar Nubhan dan Mawi menyanyi. Memang gempak, juri pun bagi standing ovation..
Konsert Gegar Vaganza 12 minggu keempat menyaksikan 13 peserta beraksi untuk berjuang meraih tempat ke peringkat seterusnya. Minggu ini juga menampilkan para peserta bersama artis jemputan yang menjadi rakan duet mereka dan salah seorang peserta yang dinanti-nantikan adalah Nubhan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan duet Nubhan bersama pasangan duetnya, Mawi. Artis yang juga bekas juara Akademi Fantasia ini mendapat jolokan Mawi World ketika rancangan itu bersiaran suatu ketika dahulu.
Mawi dan Nubhan berpadu suara menyampaikan lagu Kian dan ianya mendapat sorakan serta pujian daripada warganet. Suara Mawi masih padu dan mantap, sama seperti dahulu. Komen warganet, suara jantan Mawi memang satu dalam sejuta dan sedap didengar.

Gandingan 2 bintang Akademi Fantasia ini memukau para juri juga. Dari awal sehingga ke akhir persembahan, kedua-duanya memberikan yang terbaik dalam menyampaikan lagu ini. Duet yang disukai penonton dan mendapat standing ovation daripada juri.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mawi masih sama meremang eh suara dia.. malah lagi power.. sedap betul suara mawi ek mantapp.. “
” Fuhh tenggelam nubhan.. Aura tsumawi tetap mcm duluuu.. Mawi klo ade dlm GV ni abis kena tapau semua dgn nubhan skali.. “
” Mawi suara jantan habis.. masih sedap macam dulu lagi suara Mawi.. aura mawi besar betul.. Mantap performance mawi dgn nubhan.. “
” Bangga dgn geng AF.. mereka buktikan geng AF mmg berbakat. Bukak je mulut terus booomm powerr mawi. nak sgt tgk mawi dlm GV mesti gempak habis.. “
” Alaaaaaa bestyaaa mawii next year yeeeeeee suara masih mantap woo.. buat laa gv versi AF pulakk special edition punyee.. suara mawi mantap, nubhan pulak power.. “
” Nubhan dengan mawi, masya Allah suara power dua-dua.. suara Nubhan terserlah.. Mantap.. mawi masih power.. suara mawi paling mahal.. best sangat kolaborasi mawi dan nubhan ni.. “
” Mawi world.. Ramai yg dok jerit time mawi ni kompius siapa yang bertanding hehe.. Mawi masih yg terbaik.. Bergema 1 auditorium bila dia nyanyi.. Sedap betul.. “
Kolaborasi dan paduan suara yang memukau semua penonton di auditorium dan di rumah. Suara Nawi masih lagi tetap maintain sedap dan auranya tetap ‘world’ di hati peminat. Terubat rindu peminat untuk melihat Mawi beraksi di pentas pertandingan walaupun sebagai artis jemputan. Next GV13 nanti, adakah Mawi World akan beraksi, tentu gempak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

