Artis / Selebriti
” Ate bila daddynya bebel loghat lagi amazing komer, haha.. ” – Netizen
Video Ridzokumura Bersama Akiko Dan Sky Beraya Di Rumah Iqram Dinzly Mencuit Hati Ramai. Cantiknya Akiko, Sopan Je Dia. Cara Ridz Menegur Anaknya, Sky Juga Dipuji Ramai. Terus Membebel Dalam Loghat Perak, Lawak Lah !!
Pemilik salon Ridzokumura antara selebriti yang menjadi ikutan ramai wargamaya. Ridzokumura yang berasal dari Perak ini kini berada di Perak membawa isterinya, Akiko dan anak tunggal mereka, Sky beraya di kampung halamannya itu.
Masa yang ada juga digunakan oleh mereka untuk menziarahi rakan-rakan terdekat. Menerusi akaun Instagram Ridzokumura, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Ridzokumura sekeluarga beraya di rumah pelakon lelaki sensasi, Iqram Dinzly.
Kehadiran mereka disambut oleh ibu Iqram dengan mesra dan ramah. Ridzokumura seperti biasa membuat video untuk tontonan warganet dan dapat didengar menerusi video ini, Ridzokumura menegur Sky. Ridzokumura yang melihat cara Sky duduk agak kurang sopan bertindak pantas menegur anaknya ini.

Ridzokumura sememangnya seorang yang cukup beradap dan tidak teragak-agak untuk menegur kesilapan anaknya. Cara Ridzokumura ini dipuji oleh warganet. Komen mereka, walaupun sudah kaya, tetapi Ridzokumura tidak pernah melupakan dan menerapkan adab dan sopan kepada Sky.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Terbaik la abang tegur Sky duduk sopan. Didikan orang dulu-dulu masih berkesan sekarang.. Bagusnya dia cara ajar anak biar beradab kat umah orang.. terbaik.. ”
” Tergelak kita dengar ayat abang Ridzo ni. Aku hempuk kau duduk rumah orang elok-elok haha.. ”
” Bab tegur anak tu akak suka… pandai dik Wan didik anak.. abg ridzo dia garang tertempat.. salute cara dia… emaknya Sky pun duduk sopan santun betul.. ”
” Ate bila daddynya bebel loghat lagi amazing komerr haha.. Lawak part hempuk tu.. adoi gelak le dengar hang dgn sky.. terbaik bro tegur anak utk beradab.. ”
” Ini baru betul dik wan.. dtg rmh org kena ddk elok2… x kiralah dh besar ker kn… dh kaya pun tetap ajar ttg sopan santunkn… suka tgk.. ”
” Mentang-mentang ler sky tak paham, nak dihempuknya budak tu haha.. Pandai ridz didik anak & isteri.. Kdg tu anak n wife u lebih sopan dri anak2 retis lain.. ”
” Daddy garang.. hempok haha.. tegas dlm menegur anaknya dan ramah sgt2 org nya.. love sgt tgok famili ni.. nak juga sesekali di tegur dlm videonya.. ”
Tegas dalam mendidik anak, itu yang patut ibu bapa lain jadikan Ridzokumura sebagai contoh. Ke mana pun kita pergi, setinggi mana pun kedudukan kita berada, adab sopan perlu diutamakan. Ini kalau Sky faham daddynya hendak hempuk mesti Sky pun tergelak sama haha.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Spacedollah selamba je pecah rahsia Bella dengan YB Saddiq eh. Abang ipar green flag lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mula-mula dulu dia kata dia macam takde perasaan dengan kita. Sekali.. ” – Erra Fazira



