Artis / Selebriti
” Asyik nak berpickupline 24 jam je Bella, YB pun macam dah malas nak melayan.. ” – Komen Netizen
Terima komen negatif daripada seorang netizen, Bella Astillah tampil memberi penjelasan berkaitan isu tersebut. Alahai, kesian Bella kena kecam macam tu. Ini penjelasan Bella apa sebenarnya yang berlaku..
Gandingan penyanyi dan pelakon iaitu Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq menjadi duta pelbagai duta produk sering mencuri perhatian ramai. Pasangan ini antara pasangan yang sangat serasi dan mempunyai ramai peminat.
Terbaru, seorang netizen telah memuatnaik satu video live Bella dan YB Saddiq ketika mempromosikan satu jemana terkenal di akaun TikTok menerusi akaun Thread miliknya. Namun, apa yang kurang menyenangkan adalah penulisannya itu menegur Bella yang asyik memberikan ayat pickup line kepada YB Saddiq.
Tulisnya lagi, Bella sepatutnya peka dengan kerjaya YB Saddiq sebagai seorang Ahli Parlimen dan sesekali perlu ‘masuk’ ke dunia realiti YB Syed Saddiq. Malah di akhir penulisan tersebut, dia juga turut mengatakan reaksi YB Saddiq juga sudah malas melayan sikap Bella yang suka memberikan pickup line.

Penulisan itu telah mendapat respon daripada Bella sendiri. Bella mengatakan sebelum ini dia tidak pernah mengambil endah hal seperti ini. Namun begitu, kali ini dia perlu menjelaskan dan penjelasannya ini adalah kali pertama dan terakhir buat semua. Tulis Bella, dia memberikan pickup line kepada YB Saddiq tersebut adalah atas permintaan daripada client mereka dengan menunjukkan papan putih bertulis ” Bella / YB pick-up line ” dan ianya atas dasar pekerjaan.
Ikuti perkongsian di bawah :
Posting individu berkenaan di Thread :

Respon Bella :

Bahkan, tulis Bella lagi, hal tersebut bukan terjadi dari akaun personalnya, namun ianya terjadi ketika live jenama yang dipromosikan oleh mereka. Untuk sekadar info, baru-baru ini Bella dan YB Saddiq mempromosikan beberapa jenis beg tangan keluaran jenama Dr Cardin.

Live tersebut telah ditonton puluhan ribu warganet dan ramai yang meluahkan rasa terhibur mereka melihat telatah Bella dan YB mempromsikan jenama tersebut. Selain itu, turut terselit beberapa segmen Bella dan YB Saddiq saling berbalas ayat pickup line.

Silakan SHARE..
Sumber : Threads bellaastillah, IG bellaastillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen

