Artis / Selebriti
” Apasal Farris pakai dah macam rupa tepung gomak. Sunscreen buat mask, haha.. ” – Komen Netizen

Video Puteri Balqis membuat review bersama pengurusnya, Farris buat warganet terhibur. Lawak tengok Farris dah macam tepung gomak muka tu. Kelakar macam ibu Aqish juga rupanya Farris ni. Berdekah Aqish gelak, haha..
Puteri Balqis Ashikin antara pelakon yang selalu menjadi perhatian warganet. Puteri Balqis juga banyak membuat product review di akaun media sosial miliknya. Jika sebelum ini, Puteri Balqis bergandingan bersama ibunya, kali ini giliran pengurus Puteri Balqis, Farris pula yang menjadi gandingannya.
Meninjau entry di akaun Instagram Puteri Balqis, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Puteri Balqis menemubual Farris sambil menunjukkan produk penjagaan muka. Sekilas pandang, wajah Farris saling tak tumpah seperti wajah ibu Puteri Balqis.
Ramai yang menegur persamaan wajah Farris dan ibu Puteri Balqis. Farris memiliki wajah yang sedap mata memandang. Menurut Farris, dia tidak berminat untuk menceburi bidang seni kerana dia tidak suka bercakap dengan orang.
Dari awal sehingga ke akhir video, tergelak sahaja Puteri Balqis dengan gelagat spontan Farris. Bukan main tebal lagi sunscreen yang disapu oleh Farris di wajahnya. Muka Farris bak tepung gomak itu mengundang ketawa Puteri Balqis. Kali pertama warganet melihat Puteri Balqis ketawa sebegini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Apasal Farris pakai dah macam rupa tepung gomak… terus acik teringat citer Seniman Bujang Lapuk yg part Uncle Aziz Satar pakai bedak kat muka dia tu Aqish.. “
” Farris cukup, dah gaya sulam bedak haha.. Rahsia faris glowing rasenye sunscreen buat mask baiklahh kami ikut.. “
” Cer bayangkan mummy aqish morosechild buat review sunscreen dlm bahaso nismilan. Pastu camo dio healing kek Faris pakai sunscreen cenggitu . Pastu dia bising kek aqish dok golak yo. Get well soon mummy. We missed yr nismilan review. Faris. Aqish take care too.. “
” Errr… tu si farris sapu ubat gigi ke cemana tu… takut tersalah amik je haha.. Rasa Farris dh mcm sapu bedak sejuk kt muka.. “
” Masyaallah i dunno lah i ulang ntah bape kali vd ni.. Tengok gelak n happy je masyaallah.. Hugs.. wey terhiburrr, blend fariss blend.. review sunscreen dik, bukan Mask.. dekah la haha..”
” Review yang paling terhibur, haha.. Ingatkan ibu aqish mula-mula tadi, muka serupa lah Farris dengan ibu.. Semoga Aqish happy selalu.. dengan kita pun terikut aqish ketawa.. “
” Tak mampu nk komen apa-apa.. gelak and like ajelah.. doa baik² utk aqish and family. rupanya aqish stye gelak asma haha.. suka tengok aqish happy.. 1st dengar aqish gelak.. “
” Sekali putih melepak jadinya, ingatkan mummy aqish tadi.. Memula sapu kena tebal sikit ni baru effective, sekali sapu-sapu makin lama makin tebal makin kepoh.. ejas² pon tak jadi. kesudahnya tak lap basuh balik muka tu.. “
Terhibur sungguh warganet dengan telatah spontan Puteri Balqis dan Farris itu. Patut lah muka Farris glowing sangat, macam tu caranya Farris memakai sunscreen, dah macam tepung gomak. Berdekah Puteri Balqis dibuatnya. Semoga lebih banyak lagi perkongsian yang menghiburkan daripada Puteri Balqis lagi selepas ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Morosechild
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago
” Makin besar family Ashraf Muslim. Simple je nama anak, tak perlu pelik-pelik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah