Artis / Selebriti
” Apa orang buat semua dia nak ikut Si PA Tokram ni, hehe.. ” – Datin Alyah
Datin Alyah kongsi video terbaru telatah comel Nur Izzara bersama Tok Ram buat ramai terhibur. Amboi Zara, dia pun sibuk nak ikut menulis macam daddy yer, hehe..
Sejak mengambil anak angkat bernama Nur Izzara, pelbagai gelagat mencuit hari Datuk Ramli MS atau lebih mesra disapa Tok Ram sering mencuri perhatian ramai. Kehadiran Zara membawa sinar baharu dalam kehidupan komposer tersohor itu, malah setiap momen bersama si kecil tersebut sering mengundang senyuman di kalangan peminat.
Jika diperhatikan, Zara sememangnya sangat manja dengan daddynya. Setiap kali bersama Tok Ram, telatah dan reaksi spontan Zara kelihatan begitu natural dan penuh kasih sayang, sekali gus menggambarkan hubungan erat antara mereka berdua yang berjaya menambat hati warganet.
Terbaharu, meninjau di akaun TikTok milik isteri Tok Ram iaitu Datin Alyah, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Datin Alyah merakamkan momen Zara bersama Tok Ram. Menerusi video tersebut, Zara dilihat duduk di atas riba Tok Ram sambil setia memerhatikan daddynya itu yang sedang membuat kerja.

Apa yang lebih mencuit hati, wajah Tok Ram dan Zara kelihatan begitu fokus sehingga mengundang pelbagai reaksi lucu daripada warganet. Ada yang berseloroh mengatakan Zara sudah mula mengikut perangai Tok Ram, manakala segelintir yang lain mengakui ‘geram’ melihat kecomelan Zara yang semakin terserlah.
Tonton video di bawah ini :
@alyah81official apa orang buat semua dia nak ikut si PA tokram ni 😁😁😁 #fypシ゚viral #fypシ #fyp #trending #fypage
Di ruangan komen rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dia lah paling fokus.apa yg di buat tu.. Comel betul lah budak montel ni, hehee.. Kejap dah dia dah besar.. “
” Tekun tengok daddy buat kerja.. Alahai anak manja daddy betul ni.. Comeyy sangat pipi dia.. “
” Comel, anak Tok Ram betul2 ni.. Nampak manja kalah mummy lah adikkk, ehehhee.. pipi tu dah macam pau.. “
” Muka mummy dia lah.. Tapi perangai daddy ni, hhehe.. Kita pula geram tengok gelagat si zara ni.. Cuteee..”
” Dua2 serious kemain fokus.. Baiknya dia duduk, sopan je dengan daddy.. Zara kenapa awak comel sangat niiii.. “
” Dia lah paling fokus.apa yg di buat tu.. Muka momy muka daddy.. Bagus tok ram pakai glucose monitor device.. “
” Anak dengan bapak memang sama je, hahahaha.. Behave tu paling cute tengok… Alahai manja betul ni dengan bapaknya.. “
Perkongsian video tersebut bukan sahaja menghiburkan, malah turut memperlihatkan sisi penyayang Tok Ram sebagai seorang bapa. Hubungan penuh kasih sayang antara Tok Ram dan Zara ini nyata memberi inspirasi serta membuktikan bahawa kebahagiaan keluarga boleh hadir dalam pelbagai cara, sekali gus menceriakan hari-hari para pengikut yang menontonnya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok alyah81official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti7 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fuh masa meremang Aisy tarik part tinggi tu. Memang keturunan nada tinggi.. ” – Komen Netizen

