Artis / Selebriti
” Apa benda agaknya Fattah borak sampai Mira ketawa.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Fattah Amin dan Amira Othman di KL Fashion Week 2025 raih perhatian ramai. Amboi, nampak sweet sangat Abang Long dan Kak Long. Cakap bisik-bisik dan ketawa..
Meninjau ke akaun Tiktok Eh Malaysia, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat dua selebriti iaitu Fattah Amin dan Amira Othman di KL Fashion Week 2025 telah meraih perhatian ramai. Mereka berdua dilihat duduk bersebelahan.
Mereka hadir mengenakan pakaian sedondon berwarna hitam dan putih, namun yang paling mencuri tumpuan ialah moment ketika Fattah membisikkan sesuatu kepada Amira yang membuatkan penyanyi itu ketawa kecil dengan wajah berseri-seri.
Gelagat pasangan itu dilihat begitu mesra seolah-olah terlupa kehadiran orang lain di sekitar mereka. Pastinya mereka juga tidak sedar yang diri mereka sedang dirakam oleh seseorang. Nampak seperti pasangan yang sedang hangat bercinta kan.

Perkongsian video ini telah menerima lebih tujuh ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Tindakan mereka yang tidak kekok menunjukkan kemesraan di khalayak ramai turut menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat.
Jom tonton video di bawah :
@ehmalaysia #fattahamin cakap apa tu sampai #amiraothman ketawa? #ehmalaysia #klfw
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Aku lebih suka ikut perkembangan mereka dua. partner paling cool.tak menang pon takpe,tapi awak berdua memang di Hati peminat Anda.. “
” Apa benda agaknye fattah borak sampai mira ketawa .. ambiklah bumi ni korang berdua. aku nk ke pluto dulu.. tak2.. kenapa aku pun ikut ketawa.. “
” Allahhuakhbar alhamdulillah..aturan Tuhan mmg terbaek buat hambanya..sweet couple 2025. Arghhhh benci benciiii sbb aku pulak yg tersengeh sengeh tgk dorg berdua nii.. “
” Nak pindah mana ni guys bulan dah penuh matahari panas pulok mesti fattah ckp lawak2 yg amira gelak tu. Sukanya tgk dia org, kawin la cepat, Aamiin.. “
” Amboiii…Org dtg tgk fashion show.. Kite ni tgk show dorang… Cepat la kawenn.. love the way they vibe together. So natural,so sweet. Moga bahagia selalu faao.. “
” Bahagia cara mereka kita doakn yg baik² shj semoga dijauhkn dr fitnah dajal manusia.. fattah klo ada amira kemain happy manjangg hehe.. “
” Ambil kan fashionshow hall tu terus… Hahahaha.. Diorg yg bercinta kita yg sengeh sampai kering gusi neyyyyy.. diorang dlm dunia sendiri min.. “
Hubungan mesra Fattah dan Amira sering menjadi perbualan netizen sejak kebelakangan ini, terutamanya apabila mereka kerap dilihat bersama dalam beberapa acara hiburan. Walaupun kedua-duanya masih belum mengesahkan status sebenar hubungan mereka, namun keakraban yang ditunjukkan cukup untuk membuat ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : TT Ehmalaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti5 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sweetnya, aku ni dah sakit rahang ni dari tadi senyum tak habis-habis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” 2 kepala tapi sama je tingkahnya. Perangai masuk air dua-dua, comel.. ” – Komen Netizen

