Connect with us

Artis / Selebriti

” Anak yang hebat datang daripada ibu yang kuat dan tabah.. ” – Netizen

Perkongsian Rita Rudaini Reaksi Anak Sulungnya, Airit Rayyan Rizqi Ketika Dihantar Pulang Ke Asrama Undang Sebak Warganet. Alahai Sayu Tengok Muka Rayyan Masa Mummy Dia Nak Balik !!

Anak sulung pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqi merupakan seorang anak yang baik dan bijak orangnya. Rayyan dari segi akademiknya sangat cemerlang dan antara pelajar harapan sekolah. Tidak hanya cerdik ilmu duniawi, Rayyan juga boleh menghafaz ayat Al-Quran.

Meninjau entry terbaru Rita di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Rayyan ketika Rita menghantar Rayyan pulang ke asrama. Sudah tiba masanya untuk Rayyan kembali meneruskan perjuangan menuntut ilmu setelah bercuti panjang.

Klik gambar untuk info..

Cerita Rita di ruangan kapsyen, dia sangat memahami apabila Rayyan cuba mengelak daripada melihat lama wajah Rita kerana sebak. Rayyan juga meminta agar Rita bergerak pulang sementara dia tunggu di situ sehingga kelibat Rita hilang.

Sayu melihat wajah Rayyan, sedih terpaksa berpisah dengan mommy dan adik tetapi semuanya untuk kebaikan dan masa depan Rayyan. Yang pernah melalui kehidupan di asrama lebih memahami rasa sebak saat melihat ibu bapa pulang lebih-lebih lagi Ramadhan sudah tiba.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Rita ini sehingga kini telah pun meraih lebih 60 ribu tanda suka daripada warganet setakat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Kasih ibu dan anak, kita pulak yang nangis tengok Rayyan.. anak- anak ibu tunggal memang sekuat dan setabah ibunya.. semoga menjadi anak soleh.. ”

” Ibu adalah cinta pertama seorang anak lelaki dan anak lelaki adalah cinta terakhir seorang ibu selepas suaminya.. ”

” Hebat. Bukan calang2 murid ni. MRSM ulul albab. Bakal menjadi orang hebat 1 hari nanti dan membanggakan mommy.. ”

” Rasanya Ryan ni macam risau kat mommy dia lagi kat luar sana. Sebab dia saksi struggle mommy nya sepanjang membesar. Nampak very protected person.. ”

” payah getir seorang ibu demi membesarkan anak2 & mahukan terbaik utk anak. you have my rescpect rita. may allah bless you & the kids.. ”

” Ehhh anak org duk asrama, yg aku nangis nape… im so respect of u cara akk membesarkan anak…. semoga ank akk berjaya dunia dan akhirat… dah jadi mak2 ni touching lg2 bab ank.. ”

” Anak yang hebat datang dari ibu yang kuat dan tabah.. dia cuba tahan airmata nk bagi nampak kuat depan mommy.. semoga berjaya dunai akhirat rayyan.. ”

Klik gambar untuk info..

Demi sebuah kejayaan, ini harga dan pengorbanan yang perlu dibayar. Berjauhan sementara dengan ibu tersayang tetapi semua tahu Rayyan anak yang kuat sekuat mommynya. Semoga Rayyan menjadi insan yang cemerlang dan anak yang soleh untuk mommy.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rita Rudaini

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT