Connect with us

Artis / Selebriti

” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera

Video telatah comel anak Fizo Omar, Wan Khaleeda menyuruh ibunya, Fazeera berlakon mempromosikan coklat kesukaannya buat ramai terhibur. Part Pop bagi skrip dekat Umi dia tu memang kelakar, haha..

Meninjau di akaun Instagram milik isteri kepada Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan gelagat mencuit hati anak sulungnya, Wan Khaleeda. Si kecil yang mesra disapa Pop itu sekali lagi menjadi perhatian warganet dengan telatah spontannya yang menghiburkan.

Menerusi video berkenaan, Pop dilihat meminta ibunya untuk berlakon mempromosikan beberapa coklat kegemarannya. Dengan penuh keyakinan, Pop memberikan arahan satu persatu seolah-olah sedang mengarah sebuah babak iklan profesional. Gaya percakapannya yang tersusun membuatkan ramai tidak menyangka usianya yang masih kecil.

Lebih mencuit hati, Pop turut menyediakan ‘skrip’ ringkas dan meminta Fazeera mengikut apa yang disebut tanpa mengubah ayat. Fazeera pula cuba menahan ketawa sambil melayan kerenah anaknya itu. Jelas terpancar reaksi spontan seorang ibu yang terhibur melihat kesungguhan si kecil.

Di ruangan kapsyen, Fazeera berseloroh mengatakan Pop benar-benar seperti anak seorang artis apabila melihat keberaniannya di hadapan kamera. Ramai yang bersetuju dan menyifatkan Pop mewarisi aura bapanya yang sudah lama berkecimpung dalam dunia seni.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Haha cute director pon.. Berapa umurnya ni.. Bijak sungguh la kakak.. Dah bole bbual dgn kkak maryam dia ni.. “

” Hehe lebih narrrr. Mun anak2 fazeera tok pande klakar sarawak mesti cerditt nya beloya oo. Eee kiut na .. “

” Yg penting anak sy boleh makan.. Adoi sekali kita pun ketawa tengok direcotor kecik macam ni, comellll.. “

” Tak halal pula, hahaha.. Pandai Pop buat skrip sndri ya, hehe.. Mana tumpahnya kalau tak kuah kan.. Ikut daddy lah ni.. “

” Wehhhh, hahahaha takot lah tak halal.. Maknya pun betul2 tengah tahan nak ketawa.. Bertuah punya anak.. “

” Amboi. Bijak & super cute..  Anak sape ni eaa.. Adoii la datin pop dah panfai jadi director yer sekaranng.. Nanti mesti ikut jejak daddy ni jadi pelakon.. “

” Comelnya dia.. Umi pun rajin melayan, seronok anak, hehe.. Pandai lah dia, kejap betul dah besar budak comel ni.. Terus membesar jadi anak yang bijak ye Kakak.. “

Perkongsian tersebut dihujani komen daripada warganet yang terhibur dengan telatah ‘director cilik’ itu. Ada yang memuji kepetahan Pop, malah tidak kurang juga yang mendoakan agar si kecil itu terus membesar menjadi seorang anak yang bijak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ffezyranesry

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak