Artis / Selebriti
” Amira sangat rilek yer. Korek la macam mana pun, dia akan pusing sampai tak ada jawapan, haha.. ” – Komen Netizen

Video Geng 3 Pagi Era menelefon Amira Othman bertanyakan mengenai kiriman bunga oleh Fattah Amin. Silap orang lah 3PE call, semudah tu Amira jawab. Komen Fattah raih perhatian ramai. Betul lah gosip yang Nabil cakap tu, istimewa betul Amira..
Amira Othman dimasukkan ke hospital gara-gara keracunan makanan. Sebagai rakan sekerja yang baik, Fattah Amin telah pun mengirimkan jambangan bunga kepada Amira berserta ucapan mendoakan agar rakan sekerjanya ini cepat sembuh. Fattah turut berkongsikan gambar Amira bersama bunga kirimannya itu di media sosial.
Ianya mendapat perhatian warganet dan ramai yang merasakan gosip cinta antara Fattah dan Amira itu betul. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan geng 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Pak Azad menghubungi Amira untuk menanyakan beberapa soalan.
Persoalan utamanya pastilah berkenaan bunga yang diutuskan oleh Fattah. Kata Nabil, Amira ini bukan hanya level teman sekerja tetapi sudah level special dalam hidup Fattah. Keterbukaan Fattah berkongsi mengenai Amira pastinya mengundang pelbagai persepsi masyarakat.
Amira seperti biasa cukup tenang menjawab setiap soalan yang diberikan. Nabil juga ada menyebut dia mendapat satu berita mengenai tindakan Fattah setelah Amira dimasukkan ke hospital. Ini bukan ura-ura kata Nabil dan dari sumber yang sahih. Kalau betul, memang betul level istimewa Amira ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10,000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Amira sgt rilex yer.. korek la cemane pun dia akan pusing smpai xder jawapan hahaha.. Amira pusing2 … fattah lak xpndai pusing.. “
” Salah call, klu mira jgn korek la, dia pandai jwb..cuba call teman sekerja dia comfirm terlepas ckp.. “
” Salah talian tu, sepatutnya call aca haha.. Hadoiii aiii Tk benti den gelak dgr Nabil ckp terus amik Hibbah haha.. “
” Part hibah dgn faraid Tu xboleh blahh haha.. kesian Amira kena usik.. abg long yg post kak ya yg kena jawab.. hahaha.. “
” Salah org la korang call… AO mmg x lah dia nak merungkai.. dia owner stor kot.. lain kali call fattah jek.. “
” Meminta la korang ni.. nak masuk store Amira ek haha.. kalau tak menyakat tak sah korang ni.. hari ni bunga apa pulak angaknya ya haha.. “
” Ni tak adil, kena call org yg sihat tu… sebab fattah tak pndai nk cover cite, tak macam mira lebih tenang.. sian mira asyik kena pusing kawan sekerja je haha.. “
” Ni klau bp kak long naik tinggi plk, mau penuh bunga 1 wad 2.. gara2 rakan sekerja bawak bunga hari2.. adoii pertanyaan n jawapan buat aku ceria.. “
Fattah juga tidak ketinggalan memberikan komennya di posting ini :
Bab menyakat 3 Pagi Era memang terbaik tetapi sayangnya Amira lebih pandai menepis soalan-soalan daripada mereka. Apa-apa pun, semoga Amira cepat sembuh dan kembali bekerja dengan srakan sekerja seperti biasa. Sama-sama kita mendoakan yang baik-baik untuk mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era FM, Tiktok Era, IG Fattah Amin, IG Amira Othman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral5 days ago
” Ya Allah, arwah macam dah dapat rasa dia nak pergi buat selamanya.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Jika bas bergerak kelajuan biasa pun dia takut, apatah lagi jika bas itu bergerak laju.. ” – Kakak Nurly
-
Viral2 days ago
” Demi hendak menyelamatkan sahabatnya, dia rela korbankan diri dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Tengok keadaan pakaian, macam mana lah sakit yang arwah tanggung. Sumpah tak terbayang.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Gambar terakhir arwah bagi saya.. ” – Teman Nur Dalila Farhana
-
Viral3 days ago
” Patut arwah hebat, tak pandang harta dunia. Syurga untukmu Nurly, nama seindah amalanmu.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” AllahuAkbar dengan kawan lelaki pun soft spoken, bagusnya arwah. Nangis baca surat tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Takdir tak mengizinkan kita jumpa depan-depan, tapi saya tahu awak dengar apa yang saya cerita.. ” – Gadis S