Artis / Selebriti
” Amira ni penenanglah, yang sakit dia, dia pulak yang tenangkan Fattah. Amira ni comfort zone Fattah.. ” – Komen Netizen
Video Amira Othman membuat kejutan menyambut kepulangan Fattah Amin di lapangan terbang. Alahai manjanya Abang Long. Lebih seminggu tak jumpa isteri syurga, mesti lah rindu kan. Sweet cara Amira tenangkan Fattah..
Umum mengetahui, Amira Othman dimasukkan ke hospital sehari sebelum penerbangannya ke Korea bersama Fattah Amin dan team Rissa Kosmetik. Ianya sesuatu yang di luar jangkaan dan Fattah terpaksa meninggalkan Amira kerana tuntutan kerja bersama Rissa.
Setelah lebih seminggu berada di Korea, Fattah akhirnya kembali ke tanahair. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Imani Imtiyaz yang telah diulangsiar satu video dari akaun Instastory Yuti. Yuti juga turut dibawa ke Korea dan terlibat dengan urusan kerja bersama Rissa.
Coret Yuti pada paparan video tersebut mengatakan Mira membuat satu kejutan untuk Fattah setibanya Fattah di lapangan terbang. Fattah tidak mengetahui Amira akan menyambut kepulangannya di sana kerana kesihatan Amira yang masih belum sembuh.

Wajah terkejut Fattah ketika melihat Amira menunggu di pintu kereta dan moment ketika Amira bersalam serta mengucup tangan Fattah menjadi perhatian warganet. Pasangan ini turut berpelukan dan Amira menepuk-nepuk manja bahu Fattah. Kerinduan mereka kerana terpisah sementara terlerai juga akhirnya.
Jom tonton video di bawah :
@imani_imtiyaz suprise dari isteri untuk suami tercinta 🥹🤏🏻 #fattahamin #amiraothman #fyp IGS yuti
Lebih 1000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat dikongsikan :
” Alhamdulillah mira dh sihat walau sedikit pucat. Terkejut fattah; b kesayangan tunggu dia. Lindungilah pasangan ni, YA ALLAH dari penyakit ain, hasutan syaitan dn kejahatan manusia.. “
” Nampak sgt.. Fattah Rasa macam bersalah sbb tinggalkan Mira masa tengah sakit.. seketul Mira ni pulak.. tenang2 aje.. dia tunjuk bahawa dia ok kat Fattah… jgn bimbangkan dia . “alhamdulillah suami saya dah Selamat pulang ke tanah air”.. adoi laaaa .. Sejuk hati tengok 2 ketul pasangan suami isteri ni.. “
” Alhamdulillah. Tenangnya tgk korang ber2. Moga kak long betul2 sihat. Abg Long bila da ok semua buat la live santai2 dgn peminat.. Sama kak Long. Rindu sgtt.. “
” Ehhh kita plk blushing lebih2 ni. tiberrr rasa mcm tharu hmmm. Smg hbgn kalian kekal bahagia dan bercinta smp syurga.. “
” Amira ni penenanglah, yg sakit dia, dia plk yg tenangkan fattah, amira ni comfort zone fattah aminlah.. “
” Alolo manjanyaaa tgk masa wife peluk. kita plak sebak tgk. Alhamdulillah dh jumpa dh kesayangannya.Moga Mira terus sembuh bl suami dh blik ni hehe. Amin.. “
” Alaa sweet tp rsa sebak pulak.. tgk mira masih pucat.. moga cpt sihat hendaknya.. kiteorg syg dua2 ni.. mahal kat tepuk2 tu. mira tenangkan fattah tu buat kita sebak.. “
Cara Amira menepuk-nepuk bahu Fattah itu membuatkan warganet tersentuh. Pandai Amira menenangkan Fattah walaupun dia sendiri pun masih belum sembuh sepenuhnya. Semoga Amira cepat sembuh dengan adanya Fattah di sisi menemaninya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Imani Imtiyaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya macam auntie Sairah tu muka dia macam arwah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara Yosh. Merinding dengar, lunak dan gemersik macam Amira Othman.. ” – Komen Netizen


