Artis / Selebriti
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen

Video Irfan Haris mengusik kakaknya, Amira Othman buat ramai terhibur. Alahai lemah lembut sungguh Amira ni, adik usik macam tu dia rileks je. Kalau orang lain, mahu tiba-tiba jadi singa, hehe..
Bagi yang mengikuti perkembangan penyanyi cantik manis, Amira Othman pastinya mengetahui yang Amira sangat akrab dengan adik lelakinya, Irfan Haris. Pasangan adik beradik ini juga pernah menyertai pertandingan realiti TV, The Masked Singer Malaysia musim ke 4 bersama.
Selain itu, Amira dan Irfan juga pernah menjayakan lagu OST drama Jodoh-Jodoh Annisa berjudul Sambil. Kedua-duanya memiliki suara yang lunak dan merdu. Rata-rata warganet suka melihat cara Amira melayani Irfan. Irfan pula adik yang manja dan suka menyakat kakaknya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Rozie Yanti, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Irfan. Irfan diminta oleh seorang viewers untuk menyampaikan salamnya kepada Amira. Irfan pula jenis yang suka melayan permintaan, laju sahaja Irfan memanggil nama Amira dari dalam biliknya.
Sengaja ingin mengusik Amira, Irfan pergi ke depan pintu bilik Amira dan memanggil Amira sekali lagi. Walaupun sudah malam dan Amira sedang berbaring-baring di atas katil, namun kedengaran lembut sahaja suara Amira menjawab pertanyaan daripada Irfan. Empunya badan sememangnya lemah lembut, apabila bergurau pun lembut juga.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@rozieyanti IRFAN ADIK AMIRA OTHMAN CUBA KACAU TGOK RIAKSI DIA.#amiraothman #adikamiraothman #fyppppppppppppppppppppppp #lawak
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je.. Alahai dari dulu sakat kakaknya tu.. nakal lah.. kalau kita memang dan menginga kena sakat malam2.. “
” Pandai je dah tua.. sakit pulak hati kita.. punya lah cantik kakaknya dia kata orang tua hahaha.. kdg2 tak sedar Irfan Haris dgn Amira Othman adik beradik.. “
” Ee sedap je dia kata kakak dah tua haha.. suka bergurau betul si bongsu seorang ni.. Comel je adik dia ni menyakat.. “
” Jahat laaa.. akak pon kak mira jugak tau.. umo pon sama.. sampai hati panggil orang tua haha.. orang tua dia kata kakak dia.. “
” Macam anak aku panggilan kakak dia Alia.. Alia mu jangan mintak duit abah. Abah baru keluar wad. Mu ni beban keluarga.. “
” Kalau aku, aku yang suka kacau adik laki.. comel je gurau pun lembut je. jawab pun lembut tak de nak marah-marah.. “
” Fattah Amin kena bergurau versi sopan dengan Amira haha.. Kalau Fattah kena resume tak haha.. “
Comel sungguh melihat Irfan menyakat Amira. Nampaknya bakal abang ipar Irfan perlu belajar bergurau versi sopan, baru lah ngam untuk menjadi suami kepada kakak tersayang. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar gurauan Irfan sahaja dan semoga pembaca turut terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rozie_yanti, IG Amira Othman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral2 days ago
” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah
-
Viral4 days ago
” Tapi apabila mereka keluarkan, saya sudah menangis.. ” – Penggali Kubur Zara
-
Viral3 days ago
” Masa Zara masih di hospital, mamanya ada pesan dengan mamaku.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Viral3 days ago
” Nak gali semula dan buat post mortem bukan keputusan yang mudah, dia tak nak anak dia sakit lagi.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Kenapa bedah siasat tak dilaksanakan sebelum dikebumikan kali pertama ? ” – KJ
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul ke ibu cakap Nyamma tak pandai dan tak comel ? Mohon confirmation untuk isu ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Inilah kata-kata pertama ibu Zara sewaktu melihat wajah anak solehah ini dikeluarkan dari liang lahad. Allahu Akbar.. ” – Marhamah Rosli