Artis / Selebriti
” Amir kenal tak tu siapa, lucu muka blur Amir tu.. ” – Netizen
Video Gelagat Adik Amir Sisi Bertemu Dengan TPM, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi Di Masjid Nabawi Buat Ramai Terhibur. Alahai Nampak Blur Sangat Muka Amir Ni. Mesti Amir Tak Tahu Dia Bertemu Dengan TPM, Hehe !!
Meninjau ke satu akaun TikTok, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat adik Amir Sisi ketika bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri iaitu Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi di Masjid Nabawi telah meraih perhatian ramai.
Ini kerana gelagat adik Amir yang kelihatan agak blur seperti tidak tahu siapakah lelaki di hadapannya itu. Nampaknya Amir sangat bertuah kerana dapat bertemu dan berbual dengan Timbalan Perdana Menteri yang ramai ingin bertemu dengannya.
Pertemuan adik Amir dan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid turut diabadikan dalam satu gambar bersama. Seperti kanak-kanak lain, adik Amir tetap dengan sikap kebudak-budakannya lagi. Apa pun adik Amir sangat comel dengan jubah yang dipakainya.

Perkongsian ini telah menerima lebih tiga ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Rezeki buat adik Amir kerana dapat bertemu dengan TPM di Masjid Nabawi dan semestinya jemaah umrah yang lain juga turut bertuah dengan adanya adik Amir.
Jom tonton video di bawah :
@idayufauzi Adik Amir @amirunukofficial Kehebatan mu terserlah Cuma kau tak terasa Kerana pembesaran mu Jauh diluar desa Teruslah berjuang Satu hari diangkat Pemimpin negara Rezeki berjumpa TPM semalam Di Masjid Nabawi, Madinah Bukan kita cari Dalam jutaan lautan manusia Mudah berjumpa Ya Rabb 🤲🏻 Yang hendak diceritanya, amir masih dalam dunianya yang dia bukanlah orang yang dikenali 🥹 Berbeza jua pada insan seusianya 🤗 Bejalan pada diri seadanya 🫶🏻 #umrahmusimsejuk #umrahandalusia2023 #andalusiatravel #adikamirthechosenone #amirsisiunukofficial #umrahmemories #tpmmalaysia #capcut kredit: @Andalusia HQ PTA andalusia 🤩 Mutawif Ustaz Ilham 🤩#CapCut
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila menonton video ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Amir kenal tak tu siapa.. lucu muka blur Amir tu.. bertuahnya Amir dpt ketemu TPM di bumi anbiya. semoga Allah permudahkan urusanmu wahai Amir.. “
” Adeq Amir suda blurr.. siapa ye pakcik ni.. Bertuahnya adik amir.kita yg dh tua ni pun xpernah lagi jmp depan2 TPM apa lgi nk bersembang cmtu.. “
” Allah.. Rasanya budak ni akan jadi pempimpin atau pendakwah hebat satu masa ni. segaknya Amir berjubah.. bertuah sungguh Amir.. “
” Amir : rasa pernah jumpa pakcik ni, rasa pernah nyanyi depan dia , di mana ye.. Ya Allah bertuah Amir TPM yg cari dia,,,Amir tau ke itu TPM ? “
” Amir mesti x kenal kan pakcik ni…TPM la amir…kamu seorang yg cukup bertuah amir…Allah temukan kamu dgn semua org² yg baik utk kamu..moga amir pon akan jadi org² yg akan di sanjungi kelak.. “
” Ya Allah berkatilah Adik Amir dan semuanya bertuah sungguh Adik Amir. Comel je Adik Amir pakai jubah tu. Alhamdulillah.. “
” Rezeki tak teduga amir dpt jumpa TPM kt tanah suci.cantik amir pakai jubah.. Amir blur sekejsp hehe. ingat kat mana aku jumpa orang ni. TPM tu Amir.. “
Video ini dirakamkan pada 31 Disember lepas dan adik Amir masih lagi berada di Madinah. Semoga segala urusan adik Amir bersama ahli keluarganya yang lain dipermudahkan sepanjang berada di sana. Selamat menunaikan umrah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG IdayuFauzi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti5 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku tak boleh la tengok baby ni. Lebih 10 kali aku ulang tetap berdekah ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Makin power suara Hadie, nyanyi live sedap sangat. Makin yakin atas stage.. ” – Komen Netizen



