Artis / Selebriti
” Amboi meriah betul tengok percutian kali ni.. ” – Netizen
Memey Suhaiza Kongsi Gambar Percutian Keluarga Besar Bersama Keluarga Abby Abadi. Wahh Meriahnya, Baju Semua Sedondon Tu !!
Sedia umum tahu bahawa meskipun Norman Hakim dan Abby Abadi sudah pun tidak lagi bergelar sebagai suami isteri, tetapi kehidupan antara mereka aman damai. Malah mereka juga akrab bersama dalam mengurus hal anak-anak mereka. Apa sahaja perkongsian keluarga mereka sering menjadi perhatian warga netizen di media sosial.
Begitu juga hubungan isteri Norman, Memey Suhaiza bersama Abby Abadi turut rapat dan mereka juga dikatakan bersahabat baik. Jelas kelihatan keikhlasan mereka dalam menjaga silaturrahim dan ramai yang memuji melihat keluarga ini.
Terbaru, menerusi perkongsian di akaun Instagram milik Memey telah berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan keluarganya bersama keluarga Abby bercuti bersama. Kongsi Memey pada postingnya itu, dia dan Abby berjaya merancang untuk keluarga besar mereka berpakaian sedondon bersama.

Meriah betul kelihatan keluarga besar ini bercuti bersama-sama, lebih-lebih mereka semua berpakaian sedondon berwarna merah jambu dan wajah masing-masing begitu ceria dan seronok. Difahamkan gambar tersebut diambil di sebuah pusat peranginan di Johor.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji akan perkongsian Memey tersebut kerana kelihatan percutian keluarga besar ini begitu meriah. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Wahh semua merah jambu, seronok betul tengok keluarga Norman dan Abby bersama. Semoga hubungan kekeluargaan ini kekal bahagia ke jannah.. “
” Wah bercuti, seronoknya, mesti meriahkan, tengok muka-muka masing-masing ceria betul, selamat bercuti kak Memey keluarga.. “
” Planning by mummy dan mama menjadi yer, seronoknya tengok. Happy holiday kak Memey dan kak Abby sekeluarga.. “
” Meriah betul, warna ni jadi gambar ceria. Alhamdulillah nikmat syukur tengok keluarga besar ini bersama-sama.. “
” Suka tengok semua sedondon, apa-apa jaga diri, jaga SOP memandangkan keadaan sekarang masih belum lagi ok.. “
” Tak pernah tak meriah tengok keluarga besar ni bersama, boleh dijadikan contoh buat semua keluarga di luar sana.. “
” Amboi meriah betul tengok percutian kali ni, semoga keakraban antara kalian smua kekal selamanya, amin.. “

Meriahnya tengok gambar yang dikongsikan oleh Memey Suhaiza ni, seronok betul yer dapat meluangkan masa bersama-sama. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga keluarga besar ini akan terus hidup bahagia bersama. Aamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Memey Suhaiza
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti8 hours ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

