Artis / Selebriti
” Amboi, Kak Long pandai cakap Melayu. Comel lah.. ” – Komen Netizen
Video anak sulung Raja Ilya, Talita Love Garrett bercakap dalam bahasa Melayu raih perhatian ramai. Alahai comelnya Talita cakap Melayu, pandai puji mummy masak sedap..
Anak kepada pelakon sensasi Raja Ilya iaitu Talita Love Garrett sering mencuri perhatian ramai apabila videonya bercakap dalam bahasa Melayu dikongsikan di akaun Instagram. Talita, yang kini berusia tiga tahun, dilihat semakin petah bercakap dan kini membesar di Australia bersama keluarganya.
Menerusi video tersebut, Talita dengan jelas menyebut beberapa perkataan Melayu memuji masakan ibunya. Talita asyik menyebut ‘nasi lemak sedap’ sambil menikmati hidangan kegemaran rakyat Malaysia itu. Wah, sampai licin Talita makan.
Sekadar info, Talita Love Garrett merupakan anak hasil perkahwinan Raja Ilya bersama suaminya, seorang warganegara Australia, Trent Garrett. Keluarga kecil ini sering berkongsi rutin harian mereka di media sosial, termasuk aktiviti memasak, bermain serta aktiviti harian mereka.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tiga ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai netizen geram melihat gelagat Talita yang comel bercakap dalam bahasa Melayu dan sebutannya juga sangat lancar dan jelas.
Jom tonton video di bawah :
Netizen memuji usaha Raja Ilya memperkenalkan budaya Malaysia kepada anaknya dan kagum melihat kecomelan Talita yang mampu bertutur dengan baik walaupun masih kecil :
” Ok next round, aunty cook nasi lemak for u and mommy ok princess.. and aunty ain will try to get the best kerang in Perthyyy, love u princess kak long and mommy! Mana beli nashiii lemakzzz tuee? “
” Alhamdulillah Pandai Talita mkn nasi lemak sampai licin. Kiyut nya dia bercakap. Alaaahai pandai nya makan nasi lemak.. “
” Tudiaa besaq cincin dia.. Dia makan sambal pedas ke sis omg cute lah dia.. Licin nasi lemak malaysia .. Auntie Needa ni nak pinjam Cheq punya cincin buleh dak… “
” Kak long. Already miss u. Bersepah mejaaa ekkk. nasi lemak hellowww namenyerr… teringat2 die sebut hello comel.. “
” Mata onty nmpk bling2 kale biru tu. Amboi ka long pandai cakap melayu. Comel lah.. Sedappp.. pinjam cincin kak long Talita.. “
” Sedap ye talita..mesti momy pandai masak kn licin talita mkn. Alhamdulillah besar cincin datin. Comel dengar dia cakap melayu..anak omputih cakap melayu sgt hebat..syabas ilya.. “
” Bagus duduk dkt sana pun pandai cakap melayu pada ank2 yg dkt sini cakap bahasa Melayu pun tak pandai. comeyyy petah brcakap.. “
Usaha Raja Ilya mendidik anaknya mengenal akar budaya Malaysia wajar dipuji. Ia menjadi inspirasi buat ibu bapa lain yang membesarkan anak di perantauan. Semoga Talita terus membesar sebagai anak yang bijak, beradab dan bangga dengan asal-usulnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Raja Ilya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen

