Artis / Selebriti
” Amboi Bang Aji, hilang terus garang yer bila jumpa Auntie Bella, haha.. ” – Komen Netizen
Video telatah influencer cilik, Bang Aji ketika menjalani shooting bersama Bella Astillah buat ramai terhibur. Amboi, select betul Bang Aji. Dengan Aunty Bella tak garang pun yer. Sekali Aunty Bella pun cakap loghat Utara bersembang dengan Bang Aji, comel sangat dua-dua ni..
Pasti ramai yang mengenali influencer cilik yang bernama Aniq atau mesra dengan panggilan Bang Aji ini. Gelagat spontan Bang Aji ketika membuat video content sering mengundang tawa warganet. Malah jangan tak tahu, si kecil ini juga mempunyai ramai peminat yang setia mengikuti perkembangannya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram basscontents, akaun TikTok milik mommyhanaxbangaji dan justfansss0, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan gelagat Bang Aji bersama Bella Astillah. Menerusi video itu, Bella dan Bang Aji menjalani shooting untuk sebuah produk.
Namun apa yang mencuit hati adalah melihat telatah comel Bang Aji ketika berborak bersama Bella. Bang Aji begitu ramah dengan Bella dan dia langsung tidak memberikan reaksi tidak menyukai Bella. Perkongsian video-video ini juga telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang berseloroh sifat garang Bang Aji sudah ‘hilang’ apabila bertemu dengan Bella. Tulis mereka lagi, cara Bella bercakap loghat utara juga kedengaran mencuit hati. Sehingga kini, video Bang Aji bersama Bella telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video-video di bawah ini :
@justfansss0 Bella ada shooting gan bang aji comel ke ni.suka tengok bang aji ni cute comel☺🤍#bellaastillah #syedsaddiq #teambass #teamsaddiq #bass #muarsabah #xybca #fyp
@mommyhanaxbangaji Memang dating dekat tangga yea Bang Aji dengan Auntie Bella 😄💕 #BangAji #MommyHana #DutaMommyHana #MommyHanaBetulBetulBijak #MommyHanaFighters
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Amboi Bang Aji hilang terus garang yer bila jumpa Auntie Bella, haha.. Geram pulak kita yang tengok ni.. Cute betul dua2.. “
” Amboi bukan main ramah sembang kalau dgn kakak cantik ye.. Kalau dgn muke awam… Tnya satu jwb satu… Kadang tak jawab.. “
” Aduihh… Comey nya rabung dia bersembang… Ngam topik agaknya… Sembang dgn org cantik wangi dia suka la…Yg dia tak suka bila ayah nyanyi ja.. “
” Bella cakap utara comel la pulak macam abg aji comel dua.. Abg Aji ni aku dah perati lama.. Dia select owhh. Yg cantik ja bukan main dia layan.. “
” Adoi Abg Aji, camni YB pon blh jelez.. Bukan main aihhh dia ceghita sakan dengan Bella.. Memang selective la Abg Aji ni… “
” Bang Aji Bersemangat Jumpa Orang Cantik Dan Terkenal . Bersemangat. Sungguh Content Mcam Nik Lah Yang Baguss.. “
” Pandai org sabah cakap kedah nooo, hahaha.. Jangan dok mengorat sangat Abang Aji oiii, girl friend orang tu abang ajiiii.. “
Amboi senyum lebar Bang Aji apabila bersama Bella. Terhibur Bella yang mendengar Bang Aji bersemangan bercerita kepadanya. Apa-apa pun, comel sangat tengok telatah Bang Aji. Semoga Bang Aji terus menjadi anak yang soleh dan membanggakan kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG basscontents, mommyhanaxbangaji,justfansss0
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara Yosh. Merinding dengar, lunak dan gemersik macam Amira Othman.. ” – Komen Netizen


