Connect with us

Artis / Selebriti

” Ambekkkkk, haha. Jangan main-main okay, Kak Long pantang dengar ‘posing’.. ” – Raja Ilya

Video anak sulung Raja Ilya, Talita Love menggayakan baju rayanya buat warganet terhibur. Part mommy suruh pose tu terus bertukar muka garang. Macam tu je Talita tukar ekspresi muka, comel sangat..

Raja Ilya mengikuti suaminya, Trent Garret dan kini menetap di Perth, Australia. Perkahwinan Raja Ilya dikurniakan dengan 2 orang cahayamata yang comel iaitu Talita dan Abraham. Perkembangan Raja Ilya bersama suami dan anak-anaknya itu dapat diikuti menerusi akaun media sosial Raja Ilya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Raja Ilya, telah dikongsikan satu video terbaru Talita. Seperti tahun terdahulu, Raja Ilya akan menyediakan busana raya mereka sekeluarga. Kelihatan Talita menggayakan sepasang baju kebaya berwarna biru.

Talita sememangnya seorang kanak-kanak yang cheeky dan pandai beraksi apabila di hadapan kamera. Talita juga semakin petah bercakap dalam bahasa Melayu dan percakapannya mencuit hati warganet. Talita turut suka bergaya dan posing ala-ala model.

Menerusi video ini, Talita tersenyum manis memandang ke arah kamera sambil bertanyakan adakah dia cantik. Mendengar sahaja Raja Ilya menyebut ‘ posing ‘, spontan Talita memberikan pose seperti model. Apa yang mencuit hati adalah ekspresi wajah Talita terus bertukar menjadi garang. Amboi Kak Long Talita, ambil mood betul.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Babeeeee…. She’s gorgeous…. Hari tu masa live MHI Raya tu tak dapat I cakap dengan you.. “

” Ya Allah sayang.. Cantikkkk sangattt MashaAllah.. amboiii bukan main lagi kak long posing eh.. auto muka pun jadi ala model time pose.. “

” Ahahaha.. cantik dah ada.. garang pun ada gak.. memang nak kena cubit nihhh… cute je berkebaya songket.. “

” Gorgeous looking forward Talita raya cookies-making video.. lawanya kak long pakai kebaya.. memang ada aura model lah talita ni.. “

” Alamak, Raya lagi.. cantik Nye Talita.. cantik seperti ibunya.GOD bless.. Kalau talita dekat Singapore, aunty sure kidnap nak tengok talita puas2.. “

” Pretty girl, so clever.. Cute sgt ni kak long.. pandai betul posing.. Chantik la.. lagi-lagi peyut tu mahal tau.. “

” Kenapa yang last jadi muka moncong. Sweet jer marah. Aduii dah syantik2 napa garang nau tu k long.. bakal model ni.. “

Bukan main garang lagi ekpresi wajah Kak Long Talita itu, mood automatic bertukar apabila diminta memberikan pose. Apa-apa pun, semoga Talita akan sentiasa menjadi anak solehah, anak kebanggaan kedua ibu bapanya dan menjadi seorang yang tinggi budi pekertinya kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Raja Ilya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sace Lady Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak