Connect with us

Artis / Selebriti

” Amayan dalam hati tengah tantrum tu. Muka dia sungguh tak redha ye, haha.. ” – Komen Netizen

Video anak Datin Shahida, Qadejah El-Zahra mengusik abangnya, Ammar Ahyan yang stress dipaksa makeup buat warganet terhibur. Adui Amayan, muka tu memang tak boleh cover langsung eh. Kelakar dengar Qadejah menyakat, panas hati Amayan dibuatnya, hehe.. 

Keluarga Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida meneruskan tugasan duta Hijabista untuk musim baru akan datang. Mereka sekeluarga sedang dalam penggambaran untuk promosi produk tersebut. Datin Shahida ada berkongsikan sedikit sedutan video ketika sesi penggambaran sedang berjalan.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Datin Shahida, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Datin Shahida, Qadejah dan Ammar sedang disiapkan. Cerita Datin Shahida di ruang kapsyen, satu perkara yang paling tidak digemari Ammar ketika shooting adalah makeup.

Qadejah yang telah pun selesai disolek mengusik abangnya itu. Ammar seorang yang jujur dan selalu telus menunjukkan emosi yang dirasai melalui riak wajah. Jelas tergambar perasaan tidak suka Ammar ketika wajahnya dioles dengan solekan.

Qadejah pula adik yang suka mengusik dan sengaja merakam aksi Ammar ketika itu. Memetik komen warganet, wajah Ammar pasrah dan redha sahaja membiarkan wajahnya dicalit bahan solekan. Warganet juga memuji kulit Ammar yang kelihatan licin dan bersih.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Mesti dalam hati Amayan cakap ‘ aku perati je perangai kau cess’ haha.. Nampak stress sangat di situ amayan.. “

” Amayan dalam hati tengah tantrum tu haha.. Muka dia sungguh tak redha ye.. comel je tengok ekpresi muka amayan tu.. “

” Amayan muka pasrah je.. seram muka garang Amayan tu.. cess berani betul dia menyakat abang.. Cess sebijik datin bila bercakap.. “

” Mama dan Cess dah mcm kak dan adik. Dua-dua sama cantik dan sopan. suka tengok Cess, cantik dan sopan. Cakap pun lembut je walaupun laju macam ketapi.. “

” Amayan sentiasa serious.. Amayan ‘ tak pe lah redha sebab dah dapat Rolex’ haha. kebanyakkan lelaki sejati mmg tak sukaaaaa make up.. time cam ni la kena paksa.. “

” Ammayan: “kerana terpaksa aku relakan jela ni’.. muka pasrah campur terlebih redha ye Amayan. Si Cess pula lagi disakat Amayan, memang kelakar dua beradik ni.. “

” Lawak lah tengok muka Amayan stress kena makeup tu. Tapi cantik lah kulit amayan, licin bersih je. mak ayah helok, anak-anak pun semua helok belaka.. “

Bukan main seronok Qadejah dapat mengusik abangnya yang sedang melawan perasaan stress gara-gara dipaksa bersolek itu. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga terhibur menonton video perkongsian tersebut.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shahida Dherbs  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak