Artis / Selebriti
” Alololo, pandai betul dia catwalk, comel sangat.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak Syamel dan Ernie Zakri, Khawla catwalk ketika majlis memperkenalkan duta raya Bulan Bintang 2026 buat ramai terhibur. Alahai, comel sangat Khawla..
Anak kepada pasangan selebriti Syamel dan Ernie Zakri iaitu Khawla sering mencuri perhatian ramai dengan wajahnya yang comel serta polos. Kehadiran Khawla bukan sahaja menjadi penyeri rumahtangga pasangan ini, malah turut mencuri perhatian peminat setiap kali mereka berkongsi momen keluarga di media sosial.
Setiap kali perkongsian mengenai Khawla dimuatnaik, rata-rata warganet tidak henti-henti memuji kecomelan serta telatah manisnya yang mencuit hati. Ramai yang gemar melihat perkembangan Khawla yang semakin membesar dan semakin berani menunjukkan sisi cerianya.
Terbaharu, meninjau di akaun TikTok milik f8buzz, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Syamel, Ernie dan Khawla tampil sebagai duta bagi jenama busana raya terkenal, Bulan Bintang. Menerusi video tersebut, keluarga kecil ini tampil sedondon mengenakan busana berwarna hijau yang tampak anggun dan menawan.

Apa yang paling mencuri perhatian adalah telatah Khawla ketika berada di atas pentas. Aksinya yang berjalan seperti melakukan ‘catwalk’ membuatkan ramai terhibur, apatah lagi apabila Khawla dilihat begitu berani dan langsung tidak menunjukkan rasa takut meskipun berada di hadapan orang ramai.
Tonton video di bawah ini :
@f8buzz Comel betul Khawla. Gembira catwalk dengan ayah dan ibu, Ernie Zakri dan Syamel 🥰💃🏻 Bulan Bintang perkenal duta raya mereka bagi 2026 di pertunjukkan fesyen Bulan Bintang Next Chapter. #f8buzzgayahidup #erniezakri #syamel #bulanbintang
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet dan antara komen-komen menarik adalah :
” Alolo, pandai betul dia bergaya, comel sangat.. Mini Ernie betul lah Khawla ni.. Seronok tengok telatah dia.. “
” Ala comeyla budak tonet ni jadi duta ek.. Kira dia lompat2 tu dah terbukti lah baju tu memang tahan lasak utk budak2, hee.. “
” Cuteenyaaaaa Khawlaaaa… Nanti try ganding Kawla dengan Rina. Mesti org ingat budak2 ni adik-beradik, sebab nampak muka sama.. “
” Bila lah auntie dpt peluk khawla niii… Dah la comey bijk pulk tu.. Mulut diaaaa eee gerammnyaaaa tengok, haha.. “
” Model2 bulan bintang kali ni semua comel2, rendah2 mesti baju dia pun patten liked kurung kedah.. Tak sabar nk beli.. “
” Comelnya tengok keluarga kecil ni.. Memang ngam lah jadi duta satu family.. Paling comel mesti lah Khawla kan, hehe.. “
” Eeeee comelnya model kecil bulan bintang.. Heheheheehe semangat suka betul ye Lala.. Murah rezeki family ni.. Alhamdulillah.. “
Perkongsian video ini mendapat pelbagai reaksi positif daripada warganet. Rata-rata meluahkan rasa geram dan terhibur melihat keberanian serta kecomelan Khawla dan menjadikan momen tersebut antara yang paling mencuri perhatian serta meninggalkan kenangan manis buat keluarga kecil ini.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok f8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen

