Artis / Selebriti
” AllahuAkhbar, banjir teruk saya dengar dalam kereta kisah abang ni.. ” – Komen Netizen
Video seorang bekas banduan membuat panggilan telefon di Radio Suria mengundang sebak ramai. Walaupun buruk di mata masyarakat, isteri tetap setia menanti. Menangis satu konti dengar ucapan untuk isteri dan anak-anaknya..
Tidak semua orang dikurniakan dengan pasangan yang setia dan menerima segala baik dan buruk pasangan seadanya. Setia mudah diungkap namun amat sukar untuk dilaksanakan apatah lagi jika ianya melibatkan maruah dan perlu berdepan dengan cacian masyarakat.
Itu lah yang dialami oleh salah seorang pendengar radio Suria Malaysia dan dikongsikan bersama Ajak Shiro, Dato’ Fizz Fairuz dan Suraya Borhan di slot Morning Morning Suria semalam. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Suria Malaysia, telah dimuatnaik video penuh ketika pemanggil ini ke udara.
Pemanggil ini memberitahu dirinya juga pernah bergelar penyampai radio suatu ketika dahulu. Gara-gara satu kesilapannya kerana memiliki senjata api tanpa lesen membuatkan dia dihukum penjara selama 8 tahun dan beberapa kali sebatan. Sempena penutup tahun 2024, pemanggil ini ingin meluahkan sesuatu untuk isteri dan anak-anaknya.

Isteri yang setia menanti dan anak-anak yang tidak malu menerima kenyataan ayah mereka adalah banduan, itu penghargaan terbesar yang dirasai oleh pemanggil ini. Berbelas tahun kesetiaan isteri tetap utuh dan anak-anak mereka juga berjaya dalam hidup.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@suriamalaysia Walau satu dunia menentang kita, ingatlah, kita sentiasa ada keluarga yang akan sentiasa menyokong dan menghargai kita. Cerita harini sangat memberi inspirasi 🥹❤️ #suriamalaysia #segalanyahiburan #morningmorningsuria #fypシ
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 100 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Mata aku tetiba masuk habuk.. untung dapat isteri dan anak-anak yang baik dan setia.. tak semua isteri boleh setia macam tu.. “
” Kita semua ade kisah silam masing-masing.. Never judge ppl tgk pada pengakhiran seseorang bkn permulaan mereka.. “
” Yang hebat ni sebenarnya isteri dia. selama 8 tahun, dia bela anak sampai berjaya.. tahniah.. aku lak menangis dengar.. “
” Kesilapan si ayah hnye xde lesen utk simpan senjata api.. kalau ikut pun xde sebab klau isteri dan anak² nk benci.. tp Alhamdulillah isteri&ank2 setia..semoga Allah jaga keluarga abang ni.. “
” Sebenarnye isteri dia yg hebat, boleh didik anak2 dgn baek walau suami dlm penjara, anak2 masih bole terima layan baek ayahnye, hebat isteri dia.. “
” “Jangan tinggalkan ibu,kau tinggalkan ayah xpe”.. sedih.. perkataan ni la yg arwah abah cakap dgn saya.. Sebelum dia pergi mnggalkan saya dan semua…al-fatihah utk abah.. masih terngiang2 di tlinga.. “
” Allahuakhbar.. banjir teruk saya dengar dalam kereta kisah abang ni.. “jangan tinggalkan ibu, kau tinggalkan ayah takpe”.. tabah dan kuatnya insan yang bernama AYAH.. “
Hebatnya dugaan hidup pemanggil ini, namun kehebatan sebenar adalah isterinya yang tidak pernah sesekali pun berpaling untuk orang lain. Allah menguji hamba-Nya kerana sayang dan terbukti, segala perancangan Allah itu adalah terbaik. Semoga pemanggil ini berbahagia selalu bersama isteri dan anak-anak serta dirahmati Allah selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Suria Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu bukan main lagi menyakat. Lagi panas si Hadie dengar madah Sallman tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tengok YB pegang Ayden tu touching sangat, so caring.. ” – Komen Netizen


