Artis / Selebriti
” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
Video throwback anak Amyza Aznan, arwah Andre Mikhail menyanyi lagu Dato’ Jamal Abdillah, Di Sudut Kamar Hatiku buat ramai tersentuh. Lunak dan merdu suara Andre. Lagu pun sungguh menyentuh hati..
Kesedihan masih lagi menebal dalam diri Amyza Aznan dan seluruh ahli keluarga selepas pemergian Andre Mikhail. 20 tahun hidup bersama, akhirnya Andre dijemput Ilahi dan kembali kepangkuan Yang Esa. Lebih menyedihkan, Andre pergi sehari selepas ulangtahunnya yang ke 20 tahun.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ohbulan, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan Andre menyanyikan lagu dendangan asal Dato’ Jamal Abdillah berjudul Di Sudut Kamar Hatiku. Lagu ini dinyanyikan setahun yang lalu selepas Andre menjalani rawatan kimoterapi.
Tulis tertulis di ruangan kapsyen memberitahu video ini dirakamkan pada 24.3.25 dan 24.2.26 Andre pergi untuk selama-lamanya meninggalkan keluarga tersayang. Mendengar suara Andre, ramai yang memuji kelunakan suaranya itu.

Anak-anak Amyza semuanya berbakat menyanyi dan ada suara yang merdu. Semua kenangan yang telah dicipta oleh Amyza, suami dan anak-anak tentunya akan menjadi pengubat rindu mereka terhadap Andre selepas ini. Andre sudah tenang dan aman di sana.
Jom tonton video di bawah :
@ohbulanofficial “24.3.25 dia nyanyi lagu ni, 24.2.26 dia takde kan. Ya Allah sedih” – Haniey Allahuakbar sebaknya 😢 Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Andre Mikhail 🤲🏻 Video: amyzaaznan.1 P/s: Video ini bukan milik OhBulan! dan kredit telah diberikan kepada pemilik asal. Jika anda ingin kami menurunkan video tersebut, sila hantarkan DM kepada kami dengan segera. Terima kasih!
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Lepas ni awak dah tak perlu tanggung sakit lagi dik.. rehat lah di syurga.. Alfatihah dibaca untuk arwah.. “
” SubhanaAllah lunak sungguh suara dia Al-Fatihah. semoga Allah ampunkn dosa2 nya dn masuk dlm syurga.. “
” Sedap Suara Arwah… Al Fatehah D Baca.. Hari dan bulan yang baik.. semoga tenang d sna.. semoga syurga tempatmu andre mikhail.. yra.. “
” AllahuAkbar sedap sangat suaranya.. Al-Fatihah.. Salam takziah buat keluarga Arwah adik Andre Mikhail.. Semoga roh nya dicucuri rahmat & Di himpun Kan bersama2 para solihin/solehah… Aamiin.. “
” Sedihnya lagu dia nyanyi.. Salam takziah buat semua ahli keluarga arwah.Semoga arwah ditempatkan bersama2 org2 yg beriman dan beramal Soleh Aamiinn3x Yarobbal Alamiin.. “
” Suara Andre macam suara Black.. sedap suara arwah.. semoga di cucuri rahmat ke atas rohnya anak soleh ayah n ibunya… al Fatihah.. “
Suara yang akan selalu dirindui oleh Amyza, suami dan adik-adik Andre. Tiada lagi kesakitan yang perlu Andre tanggung dan kini, Andre bebas daripada segala kesakitan. Semoga arwah Andre ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ohbulan Official , Tiktok Amyzaaznan.1
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

