Artis / Selebriti
” Allahu, so cute Ayden. Moga menjadi anak yang soleh, Aamin.. ” – Aweera
Video Anak Aliff Aziz, Ayden Adrean Membaca Surah Al-Fatihah Dengan Lancar Raih Perhatian Peminat. Alahai Sedap Dengar Suara Serak-Serak Basah Ayden Tu. Comelnya Ayden Pakai Jubah Dan Serban !!
Nama Aliff Aziz kembali menjadi sebutan ramai apabila Aliff menjadi salah seorang peserta Geg4r Vaganza Musim ke 8 (GV8). Nasib terus menyebelahi Aliff dan Aliff akhirnya dinobatkan menjadi juara program tersebut dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100 ribu.
Baru-baru ini, Aliff dan isterinya Bella Astillah serta beberapa orang ahli keluarga mereka telah pergi ke Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk menunaikan Umrah. Aliff juga begitu bertuah kerana dapat menyambut hari lahirnya yang ke 31 di sana.
Yang terbaru menerusi akaun Instagram, Aliff telah berkongsi video anak sulungnya yang bernama Ayden Adrean sedang membacakan surah Al-Fatihah. Ayden yang comel memakai jubah berwarna putih dan kain serban di kepalanya membaca Al-Fatihah dengan begitu lancar sekali.

Suara Ayden yang serak-serak basah mengalunkan bacaan Al-Fatihah itu menarik perhatian peminat. Di ruangan kapsyen, Aliff turut menitipkan doa untuk Ayden supaya menjadi seorang hamba Allah yang baik dan memberi manfaat kepada umat Islam.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini video yang dimuatnaik oleh Aliff ini telah ditonton hampir 30 ribu tontonan dan memperolehi lebih 7 ribu tanda suka. Antara komen-komen yang diberikan oleh rakan artis dan juga peminat-peminat :
” Allahu.. so cute ayden.. moga menjadi anak yg soleh Aamin.. ” – Aweera
” Masyaallah ya Sheikh Habibi umiwandantokayah aydenadrean17 semoga menjadi anak / cucu yg soleh dan khalifah yg hebat aamiin allahumma aamiin.. “
” Masyaallah ya habibi ya maulana, semoga menjadi anak yg solleh.. Aamiin YRA.. Chomelll.. mirip2 muka auntie Aisyah dia.. “
” Mashallah Soooo Cute. May He Be A Righteous Child.. Alhamdulillah didikan yang baik dari parents.. “
” Amin ya allah amin ya rahim. smoga mnjadi anak yg berjaya dunia wa akhirah boleh memimpin mama dan abahnya ke syurga.. “
” Masya Allah.. smoga mnjadi anak yg soleh taat pada perintah Allah dan rasul dn berbakti kpd ibu bapa.. Pandai Ayden.. “
” Alhamduillah Ayden, semoga jd anak soleh yg hafal surah2 dan beri manfaat kepada umat, aamiin. Suka dengar suara dia yg serak2 basah.. “
” MasyaAllah. Semoga menjadi anak yang Soleh. Aamiin Ya Allah Ya Mujib.. Smoga adk Ayden menjadi yg baik, soleh Dan menjadi imam suatu Hari nnti aminn.. “

Sebagai ibu bapa, kita lah yang mencorakkan kehidupan anak-anak sejak dari kecil lagi. Tahniah buat Aliff dan Bella kerana memberi didikan agama buat Ayden. Semoga Ayden membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : Aliff Aziz, Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain

