Viral
” Allah susun cantik journey adik ni. Kami yang tengok pulak jadi sebak sekali.. ” – Komen Netizen
Video Dr Asyraf Wajdi menghubungi seorang anak yatim piatu, adik Putera Iman Shah yang viral hadir berseorangan mendaftar pengajiannya di UUM undang sebak ramai. Part Dr Asyraf lamar Putera untuk jadi anak angkatnya paling menyentuh hati..
Semalam, tular kisah seorang penuntut baru Universiti Utara Malaysia, Putera Iman Shah yang berseorangan hadir ke kampus untuk mendaftar pengajiannya tanpa ditemani ahli keluarga telah meruntun hati warganet. Kisah adik ini menjadi viral selepas akaun Instagram dan Facebook UUM berkongsi kisahnya.
Lebih menyedihkan dan menyentuh hati apabila Putera baru sahaja kehilangan ayahnya pada bulan lalu, manakala ibunya pula telah pergi menghadap Ilahi pada 2019 ketika usia Putera 13 tahun dan ini membuatkan Putera bergelar anak yatim piatu.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Dr Asyraf Wajdi, telah dikongsikan video yang memaparkan Dr Asyraf menghubungi Putera. Menerusi video itu, Dr Asyraf membuat video call dan bercakap dengan Putera serta bertanya mengenai keadaannya sekarang.

Dr Asyraf berkata, MARA akan membantu Putera dengan memberikan pembiayaan sara hidup bulanan di samping bantuan awal dan komputer tiba untuk kegunaannya. Bahkan, bukan itu sahaja, Dr Asyraf juga meluahkan hasratnya untuk mengambil Putera sebagai anak angkatnya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet berkongsi luahan sebak mereka selepas menonton video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Allah susun cantik journey adik ni. Kami yang tengok pulak jadi sebak sekali.. MasyaAllah baiknya budi bahasa mu wahai adik. Semoga Putera menjadi hamba Allah yang berjaya dunia akhirat.. “
” Amalan dekat dengan Allah – Dr u are the best Alhamdulillah always beri kebaikan moga Dr terus sihat dan dirahmati Allah swt amin.. “
” Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa merahmati DAWD yg cakna kesulitan bekas pelajar MARA. Alhamdulillah. Aamiin terima kasih pada mana2 pihak yg meringankan beban adik ni.. “
” Allahu, kuatnya adik ni. Dia tak nangis aunty yang sedih dengan kisah adik putera ni. Terima kasih Dr, gunakan segala apa yg dr ada untuk rakyat yang memerlukan.. “
” Allahuakbar, benarlah ujian yg Allah beri itu di bahu yg tepat, Allah hadiahkn pelangi setelah hujan. Kental nyer hati n jiwa mu dek. Moga berjaya dunia wal akhirah dek.. “
” Masya Allah saya pulak jadi sebak.. Baik sungguh dr. Moga adik ni berjaya dunia dan akhirat.. Terima kasih ALLAH hadirkan org2 baik yg sudi membantu Putera.. “
” Alhamdullilah , thanks Dr bantu dan ambil putera jadi anak angkat.. Semoga usaha dan niat dr allah balas sebaik baik kebaikan.. “
Sebelum mengakhiri perbualan, Dr Asyraf turut sempat menitipkan pesanan kepada Putera dengan harapan Putera meraih kejayaan sekali gus membanggakan arwah ibu bapanya. Semoga Putera terus diberikan kekuatan yang luar biasa untuk meneruskan pengajiannya dan menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia serta akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG drasyrafwajdi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Padu teruk gabungan Umai dengan Hafiz. Lunak suara, dua dua ada masterpiece.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek


