Artis / Selebriti
” Aliff Syukri 2.0, confirm ada lagu raya Amayan tahun depan, haha.. ” – Komen Netizen

Video Ammar Ahyan menyanyi lagu Misha Omar berjudul Break buat warganet terhibur. Amboi Papa Laris nak suruh Amayan masuk program Talk To My Manager ke tu. Qadejah sampai tutup mulut cuba menahan ketawa, haha..
Setiap kali live antara Dato’ Aliff Syukri bersama anak-anaknya, Ammar Ahyan dan Qadejah, pasti ada sahaja gelagat mencuit hati yang terjadi. Sambil mereka mempromosikan barangan jualan mereka, banyak cerita yang dibualkan oleh Dato’ Aliff, Ammar dan Qadejah.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Dherbs Terlajak Laris, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live terbaru mereka bertiga. Dato’ Aliff menyuruh Ammar menyanyi dan memperdengarkan suaranya kepada semua yang mengikuti live mereka itu.
Kata Dato’ Aliff, Ammar juga ingin menyertai pertandingan realiti yang baru diumumkan semalam, Talk To My Manager. Ammar sudah semakin berkeyakinan dan tidak lagi malu-malu. Ammar memilih lagu Misha Omar berjudul Break untuk dinyanyikan.
Memetik komen warganet, nyanyian Ammar boleh tahan dan lenggoknya seperti menyanyi lagu 70-an. Reaksi Qadejah yang cuba menahan ketawa mendengar suara Ammar menghiburkan. Ada-ada sahaja idea Dato’ Aliff untuk menceriakan hati viewers. Sedikit demi sedikit, Dato’ Aliff membina keyakinan diri dalam diri Ammar.
Jom tonton video di bawah :
@kedai_dherbs ok ke ammar nyanyi? boleh jd penyanyi no syatuuu takk?? #aliffsyukriterlajaklaris #papalaris #ammarahyan #fyp
♬ original sound – Dherbs Terlajak Laris – Dherbs Terlajak Laris
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ammayan ni memang minat betul dengan Misha Omar ek.. at least ada lagu lain selain Negaraku haha.. “
” Kalu cmni Talk To My Lawyer jela amayan.. dato ni x boleh betul org lebih dri dia.. dgn anak2 pun die x nk kalah hahahaha, tngok muka dia masa ckp perasan tu.. “
” Suara dia sdp .. kalau btl2 msk kelas vokal blh nyanyi ni.. best tgk bapak dia ajar anak dia cara confident dgn audiens.. slow² anak dia berani dan pandai handle live.. “
” Hahahahahah dia mmg minat misha omar ke haritu lagu misha jgk dia nyanyi.. suara amayan ok nice…cr cikgu vokal tuk amayan supaya anada n melodi tu seiring.. “
” Alamak amayan.. lagu misha tak boleh laahhh tapi suara amayan ni kalau lagu P.Ramlee sedap ni.. Amayan ni memang true fan of Misha Omar lah ek. Dari hari tu dok nyanyi and pasang lagu Misha Omar.. “
” Aku sampai lupa lagu dia mcm mana.. hahahhaha circle kacip, ayah, adik, sama masuk air macam amayan.. terhibur aku tengok anak beranak ni.. Aliff Syukri 2.0, confirm ada lagu raya Amayan tahun depan.. ”
” Cess punya menahan nak ketawa dengar Amayan nyanyi tu. lama-lama sedap pulak dengar suara Amayan ni. kalau masuk betul talk to my manager, rasa manager yang banyak drama.. “
Terhibur betul melihat telatah Dato’ Aliff bersama Ammar dan Qadejah ini. Confident Dato’ Aliff sudah beralih kepada Ammar dan Ammar lebih santai ketika live. Adakah mungkin tahun hadapan bakal ada lagu raya Ammar bersama papa laris, sama-sama kita nanti kan.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Azleeya94
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Ini lah bapak mertua Hadie.. ” – Oddah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Agak curiga, terbahak aku dengar ayat Amayan ni. Nasib baik tak syak wasangka, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ooo baru tahu itu sebab kenapa Ardell yang pergi, bukan suaminya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Speechless, this beautiful reunion fills my heart.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Yang cakap suara saya tak sedap, saya tak patut pun ada dekat TTMM, saya yang patut terkeluar.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Macam dengar SS yang nyanyi, arghh dah aku menangis. Suara Sallman tu sebijik SS.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Lemak weyy suara anak bujang seorang ni. Tone macam Indonesian, gila sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berdentum wey bunyi dia. Elok pulak tu lepas baca Bismillah, haha.. ” – Komen Netizen