Artis / Selebriti
” Alhamdulillah, surprise menjadi untuk insan yang sangat kuat bekerja untuk kami sekeluarga.. ” – Anne
Video Anne membuat kejutan istimewa untuk Achey Bocey buat ramai tersentuh. Bergegas Achey lari, terkejut bila tengok anaknya, Tiara Zinnirah tiba-tiba datang naik motor dengan Izzue Islam. Bukan kaleng-kaleng hadiah yang Anne berikan untuk Achey kali ini..
Meninjau di akaun Instagram milik isteri pelawak Achey Bocey iaitu Anne, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Anne membuat kejutan istimewa buat suaminya itu. Menerusi video tersebut, turut kelihatan bersama ialah anak pasangan ini, Tiara Zinnirah serta rakan-rakan artis iaitu Izzue Islam, Sashic, Filzah Azmi, Namie dan beberapa orang lagi.
Di ruangan kapsyen, Anne menulis bahawa hadiah yang diberikan kepada Achey adalah sebagai tanda penghargaan kerana Achey begitu kuat bekerja mencari rezeki untuk keluarga mereka. Malah, idea pemilihan hadiah itu juga datang daripada Tiara sendiri.
Kelihatan, Anne menghadiahkan sebuah motosikal berjenama Harley Davidson dan membuat kejutan di lokasi tempat Achey sedang bekerja. Menerima hadiah yang begitu istimewa, Achey jelas terkejut dan pada masa yang sama begitu teruja melihat motosikal tersebut berada di hadapan matanya.

Turut kedengaran dalam video itu, rakan-rakan Achey yang berada di lokasi turut bersorak gembira dan sama-sama berkongsi keterujaan apabila melihat reaksi Achey yang terharu dengan kejutan berkenaan. Wajah Achey jelas mempamerkan rasa syukur dan sebak menerima hadiah mewah daripada insan tersayang.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira melihat kemesraan dan kasih sayang pasangan ini dan mendoakan agar rumah tangga mereka terus bahagia dan diberkati. Antara komen-komen menarik adalah :
” Allah. Baik nya keluarga ni. Semoga abg achey sentiasa jadi role model utk si suami dan ayah yg baik. Apepun selamat sertai acara membayar roadtax setiap tahun bang..”
” Happy tgok family ni.. Tq kak Anne dgn abg Acey selalu nasihatkan adik2 dia dari dulu sampai hari ni, moga terus dilimpahkan rezeki selalu.. “
” Teringat dlu yang vd belikan kereta dekat petrol pump tu, hehehe.. Alhamdulillah, kali ni istimewa betul hadiah Anne untuk Achey.. “
” Alhamdulillah tahniah abg Achey dan kak Anne . Tp teringin nak tahu , ape yg abg kelam kabut sgt kuar dari pintu.. Haha apa yg dorang ckp masa tu dkt abg sampai nmpk muka abg cemas sgt.. “
” Tapi yang surprise kete dulu paling win.. Ingatkan kunci kete..Rupenye.. Hahahahahahaha sampai sekarang tak boleh lupa video tu.. “
” Kami tak peduli dengan moto baru abang.. Yg kami peduli, apa yg baju hitam tu cakap, sampai gelabah macam tu masa tolak pintu, HAHA.. Takkan takde video.. “
” Ya Allah kau bahagialah keluarga kecik ni sampaii bila2… Kurniakan lah mereka zuriat, jadikan anak2 mereka anak2 yang soleh solehah.. Aamiiinn2.. “
Kejutan yang dirancang oleh Anne benar-benar menjadi kali ini. Bukan sahaja menggembirakan Achey, tetapi turut menjadi inspirasi kepada pasangan lain untuk saling menghargai antara satu sama lain. Semoga hubungan rumah tangga Achey dan Anne akan terus bahagia hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG anne_achey_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mak dia pun sampai keluar air mata ketawa tengok Amayan, kita lagi lah berdekah.. ” – Komen Netizen


