Artis / Selebriti
” Alhamdulillah, sumpah mengalir air mata masa Kak KM peluk Kak Nona.. ” – Komen Netizen
Video pertemuan kembali Kak Nona dan Kak KM setelah berbulan-bulan tidak bertegur sapa buat ramai sebak. Sedihnya tengok dua-dua menangis, lagi bertambah sedih bila tengok Normah Damanhuri menangis tengok anak-anak kembali bersama. Touching sangat..
Ianya biasa terjadi salah faham dan bertelingkahan antara adik beradik. Begitu juga yang dihadapi oleh anak-anak pelakon senior, Normah Damanhuri iaitu Kak Nona dan Kak KM. Gara-gara tersalah bicara, 2 adik beradik ini ‘berperang dingin’ dan tidak bertegur sapa sejak tahun lalu.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Tiktok Kak Nona dan Instagram Ujigorgy, telah dikongsikan moment pertemuan kembali Kak Nona dan Kak KM. Kak Nona sebagai kakak mengalah dan datang ke rumah Kak KM untuk meleraikan segala kekusutan yang terjadi antara mereka.
Jatuh air mata Normah melihat 2 orang anaknya ini berpelukan dan menangis. Mungkin doa seorang ibu ingin melihat anak-anak kembali bersatu dimakbulkan oleh Allah. Ahli keluarga lain yang berada di situ juga tidak mampu menahan air mata melihat situasi tersebut.

Warganet yang menonton video ini juga turut sebak. Akhirnya segala sengketa terlerai dan insan yang paling bahagia adalah seorang ibu. Kedatangan Ramadhan yang mulia dan ini adalah nikmat paling manis untuk Kak Nona, Kak KM dan keluarga mereka.
Jom tonton video di bawah :
@kaknona.official Allah yg maha mendengar dan penyayang… Dah 3 hari knona rase sayu dan sebak ja … inilah ubat nya Terima Kasih Allah Terima kasih yg sentiasa mendoakan knona 💋 #nonabeauty #kaknona #ramadhan #airdicincangtidakakanputus #miracle
@kaknona.official Bukannya di bibir tanpa sebarang noktah #nonabeauty #kaknona #kakkm #fyp
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Dan akhirnya adik beradik juga sentiasa ada disisi apabila kita dlm kesedihan percaya lah.. Ala sebaknya, mak lah yang paling gembira walaupun airmata dia jatuh tengok anak2 berbaik semula.. “
” Sebak saya tengok.. air dicincang tak akan putus. im happy nangis tgk. semoga ikatan kekeluargaan kak nona & kak km smpai bebila. dijauhkan drpd Ain. syg dedua.. “
” Ya Allah ramadhan yg pernuh barkah.. Alhamdulillah kak nona n kak km berpelukkan i pulak yg cry non stop… Doa aunty normah utk ank2 tiada hijab.. syukur sgt2.. “
” Alhamdulilah, sumpah mengalir air mata masa kak km peluk kak nona, begaduh la mcm mna skalipun ikatan adik bradik 2 lg kuat perasaan rindu sesama adik bradik kuat sgt, semuga kita sama2 jaga ikatan adik bradik.. “
” Syukur alhamdulillah. org yg plg gmbira adalah Mak.. msti doa mak termakbul.. kami tompang happy jga.. “
” Syukran ya Allah hubungan kasih adik beradik bertaut kembali…berhabuk mata kak tgk perjumpaan kalian yg penuh dgn kasih syg sebuah keluarga.. “
” Mesti mak dia yg plg happy.. pd yg mengalah tu.. u mmg betul2 strong.. air dicincang xkan putus.. Kita pun nangis sama. Alhamdulillah.. “
Warganet juga tumpang sedih melihat moment Kak Nona dan Kak KM berpelukan sambil menangis itu. Pepatah ada mengatakan, air dicincang tidak akan putus. Semoga kasih sayang antara adik beradik ini sentiasa kuat dan dijauhi daripada sebarang musibah dan perselisihan faham selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ujigorg, Tiktok Kaknona.official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Laju wey, siap drift lagi tu, hebat .. ” – Komen Netizen

