Artis / Selebriti
” Alhamdulillah, such a meaningful Ramadan evening with family.. ” – Nora Danish
Berbuka puasa bersama bekas suami, Rizal Ashram Ramli dan keluarga mertua, ramai puji sikap Nora Danish. Ada pula netizen mendoakan semoga berjodoh kembali..
Nora Danish sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen penuh emosi dan bermakna sempena bulan Ramadan baru-baru ini. Menerusi perkongsian di Instagram, Nora dilihat menghadiri majlis berbuka puasa bersama keluarga bekas mertuanya di George Town.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Nora meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk meluangkan masa bersama individu yang masih mempunyai tempat istimewa dalam hidupnya. Yang dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib dan isterinya, Yang Mulia Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah yang menjadi tuan rumah kepada jemputan tersebut.
Menurut Nora, suasana berbuka puasa itu bukan sekadar menikmati hidangan bersama, malah dipenuhi dengan kasih sayang, kehangatan dan kenangan indah yang sukar dilupakan. Malah, mereka turut bersama-sama menunaikan solat Tarawih dan Qiamullail, menjadikan malam tersebut lebih bermakna dari segi rohani.

Namun di sebalik kegembiraan itu, terselit juga rasa sayu dalam hati seorang ibu. Nora turut berkongsi luahan buat anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli yang bakal menyambut Hari Raya buat pertama kali berjauhan daripadanya. Nora mengakui ia bukan sesuatu yang mudah, namun tetap mendoakan kebahagiaan dan keberkatan buat anaknya walau di mana berada.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN untuk gambar seterusnya .. )
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada peminat yang tersentuh melihat hubungan baik yang masih terjalin. Antara komen-komen yang diberikan :
” Photo no 5… semoga “berjodoh” kembali Sejuknya tengok nora Moga selalu dalam Kebaikan, selalu dalam lindungan, jagaan,Rahmat serta Kasih Sayang Allah .. “
” Nora ni tk berubah wajah dari dulu sama ja, baby face ckp pun lembut ja. Cantik sangat Nora.. “
” Nora ni cantik dan baby face sangat.. nampak macam adik beradik bila dengan anak. Tinggi betul qal ni.. ikut sapa la.. “
” Tgginye qal.tringat dlu trsrmpak dgn nora kt pavi,masatu rayqal merah lg dduk dlm stroller.nora msetu bru hbis pantang.sbb mmg rayqal kcikkkk sgt.kita jeling2 je rayqal.nk tgur nora segan plak.. “
” Comei sungguh lah Nora ni. Dari zaman sunsilk sampai lah hari ni, aura muka Nora ni sentiasa menarik mata tak jemu memandang. Sangat sempurna. Semoga Nora & Rizal berjodoh semula.. “
” Antara artis wanita popular yg very humble, sporting, manja, tabah dan tak sombong langsung dgn fans, untunglah sape dpt ambik gambar atau berTikTok dgn Nora Danish kat Absolute Bazaar.. “
” Nora bukan senang nak jumpa f2f utk event kat tempat lain. Hope, lepas raya Nora bleh join event Havoc Festival pulak krn event Havoc fest no.2 terbesar di Malaysia slps Absolute Bazaar Gaya X Raya.. “
Bulan Ramadan bukan sahaja bulan ibadah, tetapi juga ruang untuk memperkukuhkan hubungan dan memaafkan antara satu sama lain. Kisah Nora ini membuktikan bahawa hubungan kekeluargaan tidak semestinya terputus walaupun ikatan perkahwinan telah berakhir.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Noradanish
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen

