Artis / Selebriti
” Alhamdulillah, I had a fun staycation at my new favorite Barbie room.. ” – Nur Fatima Aisya
Video Gelagat Nur Fatima Aisya Yang Begitu Teruja Dibawa Menginap Di Barbie Room, Grand Hyatt Kuala Lumpur. Wah Excited Betul Nyamna, Tak Berhenti Bercakap. Syok Dengar Slang Fatima Speaking. Part Sebut ‘Thanks Allah’ Tu Sejuk Hati Dengar !!
Sebagaimana yang diketahui umum, Fazura telah mewujudkan satu akaun media sosial khas untuk anaknya, Nur Fatima Aisya. Didaftarkan atas nama nurfatimaisya, akaun ini telah pun merekodkan seramai 31.6 orang followers dan 6 buah perkongsian telah pun dimuatnaik setakat ini.
Meninjau entry terbaru di akaun Fatima, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fatima mendapat hadiah istimewa sempena hari lahirnya. Fazura menghadiahkan percutian satu malam penginapan di Barbie room, Grand Hyatt Kuala Lumpur. Bilik ini bukan biasa-biasa harganya dan ianya hadiah yang menggembirakan Fatima.
Gelagat Fatima sangat teruja dari awal mendaftar masuk sehingga lah masuk ke bilik tersebut. Tidak berhenti Fatima bercakap kerana excited melihat pelbagai barangan Barbie di dalam bilik tersebut. Fatima tidak lupa ayat yang diajar oleh mommy dan daddynya supaya selalu mengucapkan terima kasih Allah atas segala yang dinikmati.

Seronok mendengar perbualan antara Fatima dan mommynya itu. Baru berapa tahun usianya, slang English dan kefasihan Fatima bercakap dalam bahasa Inggeris itu kedengaran agak bagus. Menerusi video ini juga dapat dilihat Fatima memperagakan baju-baju Barbie yang tersedia di dalam bilik tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Pandai betul Fatima memberikan pose menarik, ada bakat menjadi model seperti mommynya juga. Mimik wajah Fatima itu yang mahal, semakin besar semakin comel anak kesayangan Fazura dan Fattah ini. Staycation yang pastinya akan selalu menjadi memori indah untuk Fatima.

Seronok sungguh Fatima dapat menginap di bilik Barbie sehingga membuatkan yang menonton pun turut tumpang gembira. Semoga Fatima sentiasa ceria dan membesar menjadi seorang anak yang solehah serta membanggakan mommy dan daddy.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nurfatimaisya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti7 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fuh masa meremang Aisy tarik part tinggi tu. Memang keturunan nada tinggi.. ” – Komen Netizen

