Connect with us

Artis / Selebriti

” Alhamdulillah Engku Emran berfikiran terbuka dan sangat gentleman.. ” – Komen Netizen

Gambar mesra Engku Emran bersama Erra Fazira dan Ezwan Zain ketika menghantar anak mereka, Engku Aleesya ke lapangan terbang raih pujian ramai. Salute lah semua, sangat profesional..

Perkahwinan Erra Fazira bersama Engku Emran suatu masa dahulu dikurniakan seorang anak, Engku Allesya. Masa berlalu, tahun demi tahun mereka menjalani kehidupan masing-masing dan pasangan ini masih terus berhubungan baik demi anak mereka.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Aintmeemrawnoon, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Engku Emran menghantar Aleesya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ) untuk penerbangan ke United Kingdom.

Menurut Engku Emran, Aleesya ditawarkan kursus jangka pendek di Universiti Oxford UK kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education ( IGCSE ). Aleesya tidak hanya memiliki wajah yang cantik tetapi juga bijak seperti daddy dan ibunya.

Apa yang menarik perhatian, Engku Emran turut bertemu mata dengan Ezwan Zain buat pertama kalinya. Engku Emran menyambut baik kehadiran Ezwan dalam kehidupan anaknya. Sikap yang Engku Emran tunjukkan meraih pujian warganet. Kapsyen Engku Emran juga dipuji kerana ucapan pengenalan yang terbaik daripada Engku Emran untuk Ezwan.

Jom baca perk0ngsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 57 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” I like the last paragraph haha.. all the best and have a productive learning time in Oxford Aleesya.. “

” Congrats Aleesya, all the best. Aleesya take care okey. keep inspiring, beauty with brain.. the only one, Aleesya.. “

” Dua dua orang hebat dan ada hati yang baik. Contoh yg baik.. jgn berdendam.. akhir2 ni ramai bercerai memburuk kan aib pasangan dan membenci satu sama lain yg lepas tu biar lah lepas kenapa nak bermusuhan.. semoga pasangan ni jadi contoh.. “

” Anak erra ni membesar dalam aman damai. Sikap engku dan erra mmg wajib jadi panduan buat pasangan suami isteri yg berpisah. Mungkin tiada jodoh tapi anak2 tetap keutamaan mereka berdua.. “

” Tindakan erra beri hak hadanah anak pada ex suami dia mmg bagus sebab dia nak anak dia tak kurang kasih sayang seorg bapa. Kudos to erra and engku sebab sangat profesional. Suami baru erra pun bagus berlapang dada menerima anak erra serta ayah Alisya dengan hati dan tangan terbuka.. “

” Love pasangan cam ni, even bcerai tak ada cari masalah masing². Semua fikir mental anak. Bukan selfish utk diri sendiri.. “

” Alhamdulillah engku emran berfikiran terbuka dan sangat gentleman. Keluarga bahagia, bagus macam ni, anak makin membesar akan lihat perangai kita sebagai parents.. “

” Alhamdulilah amin salute engku emran. contoh yg baik buat pasangan2 yg telah bercerai… sentiasa jaga perasaan anak2 yg semangkin meningkat dewasa.. “

Engku Emran dan Erra adalah contoh ibu bapa terbaik yang wajar dicontohi oleh pasangan yang berpisah. Tiada dendam dan masing-masing sangat profesional. Kami di Berita Kopak mendoakan kebahagiaan untuk Engku Emran, Erra, Ezwan dan anak-anak. Untuk Aleesya, good luck pretty girl. 

Silakan SHARE..

Sumber : IG aintmeemrawnoon, IG Mstar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Mate Fit

Trending

Copyright © Berita Kopak