Connect with us

Artis / Selebriti

” Alamak soalan panas tu Amayan. Seram sejuk lah Chaan nak menjawab, haha.. ” – Komen Netizen

Video Ammar Ahyan memberikan soalan kepada Chaan di Talk To My Manager buat penonton terhibur. Tak pasal-pasal Chaan pun kena soal, terkejut Chaan dibuatnya. Cuak juga Chaan nak jawab soalan Amayan. Bak kata Pak Nil, dengan Amayan pun takut, haha.. 

Konsert minggu kedua program realiti, Talk To My Manager (TTMM) telah pun bersiaran semalam. Tiada penyingkiran pada minggu ini, sama seperti minggu lalu. Pada minggu lalu, TTMM memberikan kejutan dengan membawakan Ammar Ahyan dan Dato’ Aliff Syukri sebagai pengacara Post Mortem TTMM.

Minggu ini, Ammar kembali lagi dengan satu tugasan lagi iaitu berada di kerusi panas untuk menyoal para manager dan peserta. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan aksi Ammar ketika memberikan soalan.

Bukan manager dan bukan juga peserta yang menjadi pilihan Ammar, Ammar menujukan soalannya kepada ketua musician, Chaan. Ammar yang memanggil Chaan dengan panggilan Encik Chaan mengundang tawa penonton di dewan. Tinggi sungguh budi bahasa anak sulung Dato’ Aliff dan Datin Shahida ini. Semua yang berumur, pasti akan dipanggil encik dan puan.

Soalan yang diberikan oleh Ammar membuatkan Chaan terkedu. Kata Chaan, soalanini susah untuk dijawab kerana soalan kontroversi, namun dia cuba menjawab dengan sebaiknya. Chaan tidak menyebut mana-mana nama dan katanya biarlah itu menjadi rahsia untuk dirinya seorang. Pak Nil pula selaku host sangat memainkan peranannya dan menambah riuh suasana.

Jom tonton video di bawah :

@astrogempak

Tak memasal Chaan pun kena soal 😂 Talk To My Manager 🗓️ Setiap Ahad 🕰️ 840 Malam | Live+ ⏰ 9 Malam | Main Show 📺 Astro Ria, Sooka dan Astro One Suka rancangan dan drama terbaharu? Nikmati hiburan tempatan dan antarabangsa tanpa henti dengan Astro One — kini dengan bundle eksklusif Disney+ Hotstar dan HBO Max, dari RM69.99/sebulan. #TalkToMyManagerMY #AstroOne #sookamalaysia #JomUsha

♬ original sound – Gempak – Gempak

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Rata-ratanya terhibur melihat gelagat Ammar dan Chaan itu. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Ni best.. terbaik cara Chaan menjawab soalan. Ops encik chaan haha.. cakap simple je amayan tapi kelakar amat.. ni rare, cukup jadi diri sendiri.. “

” Encik Chaan tu tak menahannya, terus terbahak aku ketawa dengar amayan panggil camtu.. adoi amayan, lurus betul.. pasni amar boleh jadi host di luar kotak.. “

” Terus soalan jadi seram, nasib Amayan tak paksa nak jawapan kalau tak masak lah Chaan nak menjawab haha.. “

” Bukan manager dengan peserta je kena soal ye, musician pun tak selamat dengan Amayan. soalan amayan ni memang tak boleh jangka, seriau betul kalau dia yang bagi soalan haha.. “

” Alamak soalan panas tu amayan. seram sejuk lah chaan nak menjawab tu.. Kena pulak dengan Pak Nil, haha lawak.. random dia ni, silap silap pemain gitar pun dia tanya.. “

” Kelakar Amayan ni, encik Chaan haha.. pak nil pulak jadi batu api haha.. bgus jd amayan ni… wlpun dia straight jwb jujur… tpi sebaliknya dia hormat orgtua… ptut larr aacik2 netezen rmai suka dia dan follow dia.. “

” Hahahaha dia straight tapi dia hormat orang.. Ini klau ammar join rajalawak mau xsempat buat apa2 org dh ketawa pastu tiba2 dh juara.. “

Manalah tak cuak Chaan kerana soalan oleh Ammar ini memang tidak disangka-sangka. Mujur lah Chaan bijak menjawab dan Ammar juga memahami kenapa Chaan tidak mahu menyebut nama-nama itu. Chaan tidak mahu jawab, tidak perlu menjawab, simple seperti itu sahaja jawapan Ammar kepada Paknil. Apa-apa pun, salute pada Chaan dan juga Ammar. Untuk jawapan Chaan, boleh tonton video DI SINI.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Astro Gempak 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Jeruk Mangga Papa Laris
Dancing Optopus

Trending

Copyright © Berita Kopak