Artis / Selebriti
” Alahai sayunya dengar Hadie nyanyi lagu Kias Cinta ni, macam suara SS.. ” – Komen Netizen
Video anak sulung arwah Suhaimi Saad, Ehmad Hadie Elfardie merakamkan kembali lagu hits Suhaimi berjudul Kias Cinta raih perhatian ramai. Alahai merdunya suara Hadie, saling tak tumpah macam suara SS, lenggok suara pun sama..
Walaupun Suhaimi Saad sudah tiada di dunia ini, namun namanya masih menjadi sebutan ramai. Suara Suhaimi masih didengari oleh peminat lagu-lagu nasyid dan salah satu lagu yang menjadi kesukaan peminat adalah lagu berjudul Kias Cinta.
Menerusi perkongsian di akaun Inteam Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak sulung Suhaimi, Ehmad Hadie Elfardie sedang merakamkan kembali lagu tersebut. Kias Cinta 2025 dalam versi Hadie mengimbau kembali kenangan peminat bersama Suhaimi.
Suara Hadie yang lunak merdu dan mendayu-dayu itu saling tak tumpah seperti suara Suhaimi. Lenggok suaranya menyanyi pun sama seperti Suhaimi. Warganet yang mendengar suara Hadie teruja mendengar rakaman ini. Turut sama berada bersama Hadie di dalam studio adalah adiknya, Sallman.

Hadie mempunyai auranya tersendiri yang boleh menarik perhatian pendengar untuk terus mendengar suaranya itu. Untuk info, Hadie dan Sallman akan turut bersama Inteam sebagai penyanyi jemputan pada konsert Inteam yang akan berlangsung beberapa bulan lagi.
Jom tonton video di bawah :
@inteam_official POV : Bila Anak Nyanyikan Semula Lagu Arwah Ayahnya… Alfatihah & doa kesejahteraan buat Almarhum Suhaimi Saad #kiascinta2025 @Amin Inteam @hisyaminteam @AROS @Syah Inteam @inanaim13
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mashaa Allah.. Kias cinta ,all time favourite.. mak ayah dia penyanyi .. bakat yg turun utk dia.. suara tu macam SS betul.. “
” Saya suka sgt lagu arwah ni. Terkilan juga tak sempat hunungi arwah sbb masa live terakhir dia perasan sy masuk live dia. Arwah ceritakan kenangan di matrik UIA kami byk sekelas & kenangan kumpulan MARJAAN. ARWAH pernah bwk kami balik felda trian utk show knduri saudaranya… Allah rahmatilah beliau.. “
” Lagu ni memang syahdu.. Syahdu sangat… kalau duduk sesorang dgr lagu ni blh menangis. suara hardi ni gemersik.. “
” Allahu.. Auto teringat arwah SS. suara hadie ni sayunya dengar.. saya cadang release cepat , sbb sedap sangat.. “
” MasyaAllah merdu suara mcm arwah ayahnya. suka sgt lagu ni.. lagu kias cinta memang lagu yg auto ingat arwah..semoga arwah tenang di sana.. “
” Alahai sayunya dengar hadie nyanyi lagu Kias Cinta ni. Sedap sangat suara Hadie, tone yang sama macam SS.. memang sesuai nyanyi lagu nasyid.. “
” Lunak sungguh suara hadie ni. suara SS dan auranya ada dalam diri hadie.. suara mendayu dayu macam SS jugak.. “
Memori melihat Suhaimi menyanyi kembali apabila mendengar suara Hadie mendendangkan lagu ini. Lagu yang sebati dengan Suhaimi dan menjadi trademark kepada semua peminat Suhaimi. Semoga Hadie akan meneruskan legasi ayahnya dan terus menggilap bakat seninya itu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Inteam Official, ig mediahiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Kalah orang muda dia punya effort, love betul. Lain daripada lain lah Mr E ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Takkan lah suara you macam Aina Abdul, diaorang takkan percaya.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baru je nak bahan Dato’, sekali kena balik. Tak boleh simpan rahsia Dato’ Aliff ni, haha.. ” – Komen Netizen

