Artis / Selebriti
” Alahai naik pening jadinya Puan Azizah nak memilih bakal menantu, haha.. ” – Komen Netizen
Video Nora Danish menyakat mahu menjadi menantu pilihan ibu Fattah Amin buat ramai terhibur. Amboi Nora, siap minta ibu Fattah sarungkan cincin lagi. Mengekek Puan Azizah dan Betty Rahmad gelak tengok gelagat Nora, haha..
Bagi yang mengikuti pelakon Betty Rahmad, pasti mengetahui Betty selalu berkongsi video yang memaparkan majlis ilmu agama yang diadakan di rumahnya dengan menjemput beberapa rakan-rakan selebriti yang lain. Majlis tersebut juga mendapat sambutan ramai.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Betty, telah dikongsikan video yang memaparkan telatah Nora Danish menyakat ibu Fattah Amin, Puan Azizah yang turut hadir ke majlis ilmu di rumah Betty. Menerusi video itu, pada awalnya kedengaran Betty menyakat Nora topik apa yang akan mereka belajar pada hari ini.
Seloroh Nora kepada Betty, topik yang akan mereka belajar adalah ‘menantu pilihan’ dan yang diberi keutamaan calon adalah berstatus janda. Mendengar apa yang dikatakan oleh Nora tersebut, Betty terus berdekah ketawa kerana ianya sangat mencuit hati.

Manakala video kedua pula memaparkan Nora pergi kepada ibu Fattah dan meminta ibu Fattah untuk menyarung cincin ke jarinya. Namun begitu, usik Nora lagi, kali ini mereka membuat hal yang berbeza, apabila Nora sebagai menantu pilihan yang akan menyarung cincin ke jari bakal ibu mertua iaitu Puan Azizah.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video ini dan terhibur melihat telatah Nora. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Alahai naik pening jadinya Puan Azizah nak memilih bakal menantu, haha.. Btw janda sekarang memang terhangat di pasaran ok.. “
” Ibu yang ni pun ok buuuu.. Jenuh ibu pun nak kena istikarah niii, nantikan ada plot twist hujung hujung nnti.. Bettyrahmad cepat next episod.. “
” Ramai ye menantu pilihan. Mak Azizah kena byk buat istikharah ni, hahaha.. Tak ku sangka Nora kelakar sangat, hehehe menjadi betul.. “
” Plot twist bkn bkl isteri Fattah kne buat istikharah tp mak Fattah yg kne buat istikharah.. Kak Erma lagi, Amira Othman, Nora Danish, hahaha.. “
” Rumah betty dah macam pusat intervensi cari jodoh buat Fattah, hahaha mohon bertabah dan bersabar Puan Azizah dalam mencari calon menantu.. “
” Luculh korg ni, haha… Tapi sporting lh mak Fattah… Mak Nora tersenyum aje tgok gelagat anak dia.. Mana tahu betul2 plot twist kan, hahaha terkejut semua.. “
” Kak Nora jangan lah caras haha.. Ni kalau tengok memang potong line terus ni, hahahaa.. Habis lah murung geng fans fatmira nantu, haha.. Jangan2.. “
Berdekah gelak melihat gelagat Nora, kuat menyakat juga rupanya. Usik warganet, ibu Fattah terpaksa membuat solat istikharah gara-gara ramai calon menantu yang perlu dipilihnya untuk Fattah. Apa-apa pun, video tersebut hanya sekadar hiburan Nora, Betty buat ibu Fattah sahaja.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bettyrahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fuh masa meremang Aisy tarik part tinggi tu. Memang keturunan nada tinggi.. ” – Komen Netizen

