Artis / Selebriti
” Alahai comelnya baby. Perangai betul Tai, punya seronok anak muka dia, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Taiyuddin Bakar Apabila Isterinya Beritahu Ramai Yang Cakap Muka Anak Mereka Mirip Sepertinya Buat Ramai Terhibur. Sempat Lagi Taiyuddin Buat Perangai Masuk Air. Tapi Sedap Betul Nama Baby Taiyuddin Dan Zila !!
Beberapa minggu lalu, tular video yang memaparkan isteri kepada pelawak dan pelakon, Taiyuddin Bakar iaitu Zila Zulkifli berkongsi berita gembira yang mereka bakal menimang cahaya mata sulung setelah 9 tahun mendirikan rumahtangga bersama.
Menerusi video itu, Taiyuddin menerima kejutan apabila Zila memberikan alat ujian kehamilan. Setelah melihat keputusan pada alat ujian kehamilan, Taiyuddin meluahkan rasa syukur. Pada tanggal 9 Januari 2024, Zila selamat melahirkan cahaya mata iaitu seorang bayi lelaki dan berita itu dikongsikan sendiri oleh Zila di akaun Instagram miliknya.
Terbaru, Zila memuatnaik dua video yang memaparkan bayinya sedang tidur dan mengumumkan nama anaknya yang diberikan nama sebagai Ahmad Ansari. Menerusi video kedua pula, Zila merakamkan telatah Taiyuddin apabila diberitahu wajah anak mereka mirip sepertinya.
Perkongsian video-video ini menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan terhibur melihat telatah Taiyuddin yang begitu seronok apabila wajah anaknya dikatakan mirip sepertinya. Sehingga kini, video-video baru dimuatnaik oleh Zila menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain terhibur melihat telatah Taiyuddin, ramai yang turut memberikan ucapan tahniah buat pasangan ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alahai comelnya baby. Perangai betul Tai, punya seronok anak muka dia, haha.. Tahniah Tai dan Zila, semoga anak dan ibu sihat2 slalu.. “
” Masyaallah.. Seronok lah tgk baby.. Moga Ansari jd ank yg soleh, hafiz, alim dan daie… Ansari akn trgolong dlm golongan ansorullah… Aamiin.. “
” Subhanallah. Alhamdulillah. Moga jd Allah yg soleh beriman d bertakwa. Anugerah yg terindah. Moga Allah SWT permudahkan segala urusan.. “
” Haahahahahahaa lawak tengok dia buat muka.. Mmg gitu kak.. Kita mengandung 9bln.. Tahan sakit tahan alah.. Sekali klua sebiji muka pak dia.. Eh.. Sabar je la.. “
” Haha faham perasaan ni. Anak 1st lahir ikut muka ayahnye.. Kite penat meneran ehh ehh die ikut muka ayahnye.. Lahir anak ke-2 ikut muka saya. Bru rse adil, hahaha.. “
“Sian… Biaq la dia nk hiburkan hati… Org lain tgu ramadhan bru posa. Dia rehab syaaban n Ramadhan pn posa dh.. Hahahaha.. “
” Takpe.. Nanti bulan berganti bulan muka dia akan berubah sedikit demi sedikit.. Percayalah.. Lepas ni sis plak gelak camtu k.. Hehehe.. “
Alahai seronok sungguh Taiyuddin apabila Zila bagitahu ramai cakap Ahmad Ansari seiras dengan wajahnya. Indah betul perjalanan rumahtangga pasangan ini. Mereka menanti penuh kesabaran untuk memiliki cahaya mata dan akhirnya Allah mengirimkan zuriat buat mereka. Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Taiyuddin serta Zila, semoga Ahmad Ansari membesar menjadi anak yang soleh buat kalian.
Silakan SHARE..
Sumber : IG zilazulkifli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral5 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Makin besar family Ashraf Muslim. Simple je nama anak, tak perlu pelik-pelik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alooo sweetnya, sampai berulang kali tengok. Caring betul Abang Long pada Kak Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Selalu tengok ayu, tiba-tiba jerit macam tu berdekah weh. Hilang terus keayuan Mira, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah